Bantuan Awal Persekolahan RM150


Bajet ini kekal mengutamakan pendidikan sebagai segmen terpenting perbelanjaan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah 52.6 bilion ringgit atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan. Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi bakal diperuntukkan sejumlah 14.5 bilion ringgit.


Tidak ada yang lebih menggembirakan buat anak-anak apabila dapat kembali semula ke sekolah secara bersemuka bersama rakan. Setiap awal tahun, tentunya ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan Kelengkapan Sekolah anak-anak. 


Bagi tahun 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak 150 ringgit iaitu meningkat berbanding 100 ringgit sebelum ini. Sejumlah 450 juta ringgit diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.


Dengan sekolah mula dibuka, suasana pembelajaran yang kondusif buat anak-akan terus diberi perhatian. 


PENGENALAN BAP

-Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.


KADAR BANTUAN

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).


KRITERIA KELAYAKAN MURID 

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

-Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;

-Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. 

-Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;

-Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah -Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).


KAEDAH PENYALURAN / PEMBAYARAN

-Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

-Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU

-Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK


CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

-Permohonan tidak perlu dibuat, Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah. atau berhubung dengan pihak sekolah masing-masing

Rujuk : APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Untuk Ibu Bapa



Pada tahun hadapan, sejumlah 1 bilion ringgit disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah. Peruntukan ini juga termasuk 140 juta ringgit kepada JAKIM bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar iaitu meningkat berbanding 100 juta ringgit pada tahun 2021.


Peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10 ribu sekolah di bawah Kementerian Pendidikan akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar yang seragam. 


Bagi tahun 2022, sebanyak 120 juta ringgit disediakan untuk manfaat 1,800 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.


Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


Sumber: Bajet2022 / Tengku Zafrul / Bantuan Kerajaan

Catat Ulasan

0 Ulasan