Perdana Menteri: Selari dengan dasar kerajaan, tiada ahli Keluarga Malaysia yang akan tersisih dan kerajaan akan memastikan kemakmuran ekonomi akan dinikmati bersama.
Bantuan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM434 Juta demi memberi manfaat kepada seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan tahun ini.
Sumber Foto Ismail Sabri
BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP
Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara oneoff.
Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang
disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan
kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.
PEKERJA YANG LAYAK
Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO).
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN
Pembayaran BKP dibuat seperti berikut:
i. Pengkreditan ke akaun bank – Mulai 26 Oktober 2021 secara
berperingkat.
ii. Penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Tarikh
penunaian ditangguhkan sehingga tarikh yang akan
dimaklumkan.
Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui khidmat
pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah
didaftarkan.
SYARAT LAYAK
Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan
PERKESO seperti berikut:
i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6
bulan pada tahun 2020; dan
ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut
sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).
CARA PEMBAYARAN BKP
-Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan
pada BPR / BKC / GKP.
-Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa.
-Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui khidmat
pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah
didaftarkan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
-Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat
berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
SEMAK STATUS KELAYAKAN
Semakan status BKP boleh dibuat di Portal Rasmi BKP mulai 26 Oktober 2021.
FAQ Penuh - BKP Soalan
Sumber Foto Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Kerajaan menyedari keluhan ramai yang kehilangan punca pendapatan mengenai kesukaran meneruskan kehidupan seharian. dan akan terus membantu dan menyantuni Keluarga Malaysia dengan inisiatif serta apa jua bentuk bantuan yang dapat meringankan beban mengharungi waktu-waktu sukar ini.
Sumber: Bantuan kehilangan pendapatan BKP / Ismail Sabri / Pejabat Perdana Menteri Malaysia
No comments