APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Murid & Ibu Bapa Secara Online


Dimaklumkan bahawa IBUBAPA dan PENJAGA boleh mengemaskini Profil Murid dan maklumat berkaitan di sistem APDM KPM secara dalam talian (online).


Proses kemaskini maklumat boleh dibuat di Portal Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online ini dengan mengikuti langkah mudah yang ditunjukkan di bawah.


Apakah APDM Untuk Ibu Bapa?

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.


Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun.


Sekiranya penjaga utama dan kedua tiada capaian internet dan komputer, ibu bapa boleh memohon kerjasama sekolah untuk membantu dalam mengemaskini maklumat tersebut.


Panduan Kemaskini Maklumat APDM KPM Untuk Ibu Bapa (2021)

Cara daftar dan panduan kemaskini boleh dirujuk dalam langkah bergambar di bawah:


Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara online sama ada melalui handphone, komputer atau laptop.


Bagi pengguna pertama kali, sila rujuk langkah berikut:

1. Layari laman web https://public.moe.gov.my

2. Pergi ke bahagian DAFTAR MASUK

3. Klik PENGGUNA BARU jika mempunyai ID

4. Lengkapkan MAKLUMAT DIRI dan MAKLUMAT AKAUN


Setelah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.


Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.


Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

i. Profil Anak Jagaan

ii. Alamat Anak Jagaan

iii. Maklumat Penjaga


Apabila tuan/puan telah klik nama anak jagaan tuan/puan, tuan/puan perlu

mengemaskini Profil Anak Jagaan, Alamat Anak Jagaan dan Maklumat Penjaga.


Bagi ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak jagaan di Tahun 1 hingga 3, pengemaskinian

Maklumat Kesihatan perlu dilakukan juga.


Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.


Contoh cetakan borang boleh dirujuk dalam gambar di bawah.



Tuan/Puan perlu berdaftar di portal public.moe.gov.my sebagai pengguna baharu jika

masih belum berdaftar.


Jika tuan/puan telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad pengenalan penjaga) dan kata laluan yang telah ada dalam simpanan tuan/puan.


Untuk makluman, pengemaskinian ini hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa/penjaga yang

berstatus warganegara atau mempunyai nombor kad pengenalan 12 digit yang

dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.


Lupa Kata Laluan

Tuan/Puan boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan

menerusi e-mel yang tuan/puan telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun

melalui soalan keselamatan.


Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.


Anda juga boleh menghantarkan pertanyaan melalui e-mel: apdm.team@moe.gov.my

Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join


*Sumber: harianpost.my / infomurid

Catat Ulasan

0 Ulasan