Bagi memperkasa agenda pendidikan Khas, Kerajaan menyediakan 50 juta ringgit antaranya untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.
Selain itu, sebanyak lapan buah blok baharu pendidikan khas turut dibina, antaranya di SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Perlis dan SK Kampung Tun Razak, Bukit Katil di Melaka.
Bekalan Susu Harian unruk Murid-Murid
Bagi memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh, Kerajaan akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian di
bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan 400 juta ringgit.
Sebahagian perolehan ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan.
Sewaktu pelaksanaan PdPR, para guru memainkan peranan mereka dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal.
Insentif Khas RM100 Alat Bantuan Mengajar PdPR Sekali Bayar
Sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik, Bajet ini buat pertama kalinya menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar
sebanyak 100 ringgit kepada lebih 400 ribu guru sekolah di bawah KPM.
Bagi memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh,
Kerajaan akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian di
bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan 400 juta ringgit. Sebahagian perolehan ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan.
Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram