Penjawat Awam, Kontrak & Pesara Terima Bantuan Khas Hingga RM300


KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

Menurut beliau, bantuan tersebut disalurkan sementara kajian gaji dan elaun penjawat awam diperincikan.

“Ia turut melibatkan pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Diharap dengan pemberian ini penjawat awam akan terus berusaha menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi Madani dan memberi perkhidmatan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE


Baca juga :




Catat Ulasan

0 Ulasan