TEMUDUGA PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL POLIS BANTUAN KWSP (KEKOSONGAN SABAH)


Jawatan kosong 

KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Memberi kemudahan secara atas talian untuk penduduk sabah yang ingin mencari kerja.

Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh majikan. sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.


MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

JAWATAN KONSTABEL POLIS BANTUAN KWSP

TARIKH TUTUP: 02/09/2022 ( Jumaat )

TEMPAT: SABAH

ELAUN DAN KEMUDAHAN

-Elaun Tetap Perumahan 

-Elaun Khidmat Awam

-Elaun khas Lain-lain

-Elaun Seragam

-Elaun Kasut

-Dan banyak lagi dalam khidmat Kerajaan

GAJI:--


SYARAT-SYARAT

👨‍✈️Warga Negara Malaysia

👨‍✈️Lelaki Sahaja 18 - 45 tahun (termasuk bekas polis/tentera)

👨‍✈️Tinggi sekurang-kurangnya 162cm (lelaki)

👨‍✈️Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki)

👨‍✈️Aktif dalam penglibatan sukan/Korikulum.

👨‍✈️SPM-Lulus 5 mata pelajaran dalam SPM (Wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah)

👨‍✈️Lulus ujian buta warna, pendengaran serta fizikal dan tidak mempunyai rekod jenayah oleh PDRM.

👨‍✈️Peserta yang lulus Akan Di hantar menjalani Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Selama 2 bulan Di PULAPOL.


BIDANG TUGAS: 

-Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP yang mengunjungi bangunan/ pejabat KWSP;

-Melaporkan sebarang kejadian yang melanggar peraturan KWSP mengikut saluran tertentu dan menjalankan penyiasatan sewajarnya;

-Menjalankan tugas dengan penuh berhemah dan sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati tetapi hendaklah bertindak cepat dan cergas apabila berlaku kejadian yang melanggar Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP;

-Memantau sistem Kad Akses selepas waktu pejabat;

-Bersedia melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa kesemasa mengikut keperluan;

-Bertugas di penempatan yang ditetapkan oleh Penyelia Keselamatan;

-Bersedia untuk bertugas lebih masa apabila diarahkan oleh Penyelia Keselamatan;

-Bersedia untuk bertugas di mana-mana bangunan KWSP atau mana-mana tempat yang diarahkan oleh pihak pengurusan.


PERMOHONAN

Hantar Permohonan @ Resume Tuan, ke Alamat Berikut, sebelum 02/09/2022 ( Jumaat )

 Tingkat 3 , Seksyen Pengurusan Operasi ,Bangunan KWSP,Jalan Karamunsing Kota Kinabalu Sabah.

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi Di Talian : 088-520190 ( Bilik Gerakan Polis Bantuan KWSP)

Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 


Catat Ulasan

0 Ulasan