Jadual Tarikh Bayaran BKM Bagi September 2022 (Fasa 3) - LHDN (Dikemaskini)

Foto Ismail Sabri

Pihak Hasil dan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri telah mengeluarkan jadual tarikh tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi bulan September 2022.


BKM merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Maka hari ini saya mengumumkan:


i. Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.


ii. Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.


iii. Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.


iv. Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.


Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.


Tarikh bayaran ini adalah bagi pembayaran fasa 3 dan tuntutan bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jadual ini dikeluarkan secara rasmi oleh pihak BKM sendiri.

Daripada jadual tersebut, kita boleh lihat bahawa bagi kemaskini yang dibuka pada bulan Ogos 2022 ini, tuntutan bayaran boleh dibuat pada 8 September 2022 tetapi dikemaskini ke 20 September 2022 bersamaan pembayaran fasa ke 3.


Foto Ismail Sabri

Ini bermaksud, pembayaran fasa 3 BKM akan diterima oleh para penerima BKM fasa 3 pada 20 - hujung September 2022. 


Baca FAQ Penuh disini - FAQ BKM

Bagaimanapun, anda boleh menyemak status BKM dan jumlah bayaran yang akan anda terima pada tarikh tertentu 20-27/09/2022. (isnin-Jumaat)


Harap Maklum sila semak secara online sebelum ke bank bagi mengelakkan kesesakan dan membuang masa anda.


Sementara itu, bagi anda yang ingin semak status, boleh layari bkm.hasil.gov.my


Status yang boleh di semak pada 4 September lalu menghadapi masalah teknikal-LHDN.Foto media infobah


Selain itu, anda boleh lihat jumlah yang bakal anda terima pada BKM fasa 3 ini pada pautan ini. JUMLAH BKM FASA 3


Ikuti t.me/KeluargaMalaysia22 untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.


Bagi yang masih tertanya-tanya apakah tujuan kemaskini yang dibuat. Ianya adalah untuk membuat pindaan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan;

-Nombor Telefon Rumah

-Nombor Telefon Bimbit

-Alamat e-Mel

-Nama dan Nombor Akaun Bank*

-Maklumat Wakil

-Terhad kepada akaun bank pemohon.


Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 


Sumber: Ismail SabriPortalsemakan / BKM / media infobah

Catat Ulasan

0 Ulasan