Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan diskaun yang diumumkan oleh kerajaan bermula 1 Nov ini boleh dibuat menerusi beberapa saluran disediakan.

Seperti semua maklum, PTPTN ditubuhkan bagi mengurus pinjaman pendidikan yang disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi tempatan. Sebagai pinjaman, semestinya ia satu amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam. Jika tidak, ia menafikan peluang anak-anak kita pada masa hadapan. 


Oleh itu, bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 seperti berikut:


Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;

Kedua: Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya
50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan

Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji
atau debit terus mengikut jadual.


PTPTN Menerusi Kenyataan hari ini menyatakan bahawa peminjam yang ingin membuat pembayaran melalui potongan gaji atau debit terus perlu membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/ untuk pemotongan gaji, manakala https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html untuk debit terus.


"Insentif diskaun akan dikemaskini dalam akaun pinjaman peminjam pada akhir setiap bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai tujuh haribulan pada bulan berikutnya," menurut kenyataan itu.


Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


Sumber: Bajet2022 / Tengku Zafrul / astroawani

Catat Ulasan

0 Ulasan