Home
Bajet2022
Bantuan
info
kerajaan
Program Memperkasa Bidang TVET RM200 Juta

 


Dalam RMK-12, Kerajaan telah mengenal pasti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (atau TVET) sebagai salah satu pemacu perubahan bagi memenuhi permintaan pekerja oleh industri kita dengan lebih baik. 


Bagi memperkasa bidang TVET, Kerajaan menyediakan 6.6 bilion ringgit untuk melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah kementerian dan agensi-agensi berkaitan.


Tumpuan diberikan kepada usaha memenuhi keperluan industri semasa. Sehubungan itu, peruntukan tambahan 200 juta ringgit disediakan untukprogram usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program persijilan industri.



PENGENALAN TVET

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.


Tujuan TVET diperkenalkan

Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. 

TVET dengan mengupayakan pendekatan yang diterajui industri adalahpenting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju pada tahun 2020.


Agensi dan intitusi yang terlibat dengan TVET

Dua institusi TVET awam telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menyediakan latihan kemahiran kepada belia, iaitu Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Dusun Tua dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Kini lebih daripada 500 institusi TVET awam yang menawarkan pelbagai program TVET bagi semua peringkat pendidikan.


Kumpulan / Tumpuan sasaran TVET

Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).


Kelayakan minimum TVET

Kelayakan minimum bagi kemasukan ke institusi-institusi TVET adalah berdasarkan tawaran yang dikeluarkan kementerian/agensi yang melaksanakan program.


keistimewaan yang diperolehi apabila menyambung pelajaran dalam bidang TVET

Lulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik. Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.


Untuk maklumat Lanjut tentang TVET - https://www.moe.gov.my/pendidikan/tvet


Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


Sumber: Bajet2022 / Tengku Zafrul / TVET

Blog authors

No comments