Bantuan Pembelian Telefon Bimbit,Komputer & Tablet Golongan B40


 Sepanjang tempoh pandemik, mahasiswa tetap meneruskan pengajian mereka dalam norma yang baharu. Bagi pelajar yang kurang mampu, mereka adakalanya perlu meminjam peranti kawan, atau terpaksa ke pusat internet di pekan, untuk membuat tugasan pengajian. 


Malah, kadang-kadang ada juga antara mereka yang tidak dapat hadir ke kuliah online. Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara,  Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi. 


Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan 450 juta ringgit di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira 65 juta ringgit. 


Insya-Allah, seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.



Sebagai tambahan, Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit,komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.


Melalui PENJANA, Kerajaan mengumumkan pemberian pelepasan khas cukai pendapatan individu untuk pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga RM2,500 bagi tahun taksiran 2020. 


Ini merupakan tambahan kepada pelepasan ke atas perbelanjaan pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga RM2,500 yang diberikan di bawah pelepasan gaya hidup. 


Pelepasan khas cukai pendapatan individu ini telah dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2021 di bawah PERMAI.


Sejajar dengan norma baharu dan amalan bekerja dari rumah dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), dicadangkan pelepasan khas cukai

pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan untuk 1 tahun Sehingga 31 Disember 2022.


Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


Sumber: Bajet2022 / Tengku Zafrul

Catat Ulasan

0 Ulasan