Bantuan E-Wallet Sebanyak RM150 one-off Kepada Golongan Belia


Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusipengajian tinggi. 


Dengan peruntukan 300 juta ringgit, Kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.


Berita baik kepada bagi golongan belia , Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah memperkenalkan satu insentif melalui e-dompet. Tujuan insentif diperkenalkan adalah untuk meringankan golongan untuk menyediakan barangan sekolah seperti , kasut , beg , baju , seluar dan lain-lain lagi.



Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


KADAR BANTUAN

-Mereka yang layak akan menerima bantuan e-wallet sebanyak :

-Belia berumur 18 - 20 tahun akan menerima sebanyak RM150 melalui e-dompet

-Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerima sebanyak RM150 melalui e-dompet


PERINCIAN E-DOMPET

Pada siaran langsung Bajet Belanjawan 2022 , Tengku Zafrul Aziz sebagai Menteri Kewangan Malaysia menyatakan bahawa peruntukan e-Dompet akan melibatkan sebanyak RM300 juta dan dapat memanfaatkan seramai 2 juta golongan belia.


MATLAMAT BAJET 2022

Dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2022 , matlmat yang diutamakan untuk rakyat adalah seperti perumahan mampu milik , internet dan bil utiliti serta elaun persekolahan. Tetapi bukan itu sahaja , perakra ini juga fokus kepada 3M :

-Memacu pembaharuan

-Memperkukuh pemulihan

-Membina semula daya ketahanan negara


MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai bantuan-bantuan yang telah diperkenalkan pada Bajet Belanjawan 2022 , anda boleh layari terus laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di : https://budget.mof.gov.my/2022/

Bantuan E-wallet sebelum ini - Berita baik! 2 juta belia dapat kredit e-tunai RM150 mulai 1 


Sumber: Budget2022 / Mybantuan /Tengku Zafrul

Catat Ulasan

0 Ulasan