Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Keluarga, Bujang Dan Warga Emas


Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.


“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.


“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk makluman bersama.


Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal dan bantuan tunai ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.


Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:


KATEGORI 1

-Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah

-Lebih 3 anak

-Bantuan RM2000


KATEGORI 2

-Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan

-1-2 anak : Bantuan RM1500

-Tiada anak: RM1,000


KATEGORI 3

-Ibu bapa tunggal dengan tanggungan

-Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan

-Bantuan RM500


TERKINI: MENTERI KEWANGAN SAHKAN ADA BANTUAN UNTUK BUJANG

Ramai yang bertanya di media sosial, Bantuan Keluarga Malaysia ni tak ada ke untuk bujang?

Adaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia. Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan. Tapi dalam #Bajet2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat.


Saya kongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua. InsyaAllah pencerahan lain akan menyusul.

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Dikongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua yang dikemaskini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi laman web BPR.


Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


Sumber: infoawam / Tengku Zafrul / HarianPost / LHDN / BPR

Catat Ulasan

0 Ulasan