Bantuan Bakul Makanan Peruntukan disalurkan kepada semua ahli Parlimen bermula hari ini



Susulan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Jun 2021, program Bantuan Bakul Makanan sedia ada akan diteruskan dan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan.


Tambahan program ini yang melibatkan agihan peruntukan sebanyak RM300 ribu diberikan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pembangkang. Peruntukan ini bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan sedia ada untuk memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara.


Peruntukan ini telah disalurkan kepada semua ahli Parlimen bermula hari ini. Bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan.


Foto tengku zafrul

Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas  👉 https://t.me/infomediabah


Pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Jun 2021


Kerajaan sedar bahawa barangan keperluan asas amat penting bagi golongan yang memerlukan. Maka, sebagai tambahan kepada program Bantuan Bakul Makanan sedia ada, 

Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak 300 ribu ringgit kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang, untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing. 

Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengambil sikap untuk mengetepikan perbezaan politik. 

Baik Ahli Parlimen Kerajaan atau Pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan. 

Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan parlimen masing-masing. Selain itu, 10 juta ringgit juga diperuntukkan bagi tujuan melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli. -Pejabat Perdana Menteri Malaysia


Bagaimanakah Membuat Permohonan?

-Tidak perlu membuat permohonan

-Setiap Ahli Parlimen di daerah masing-masing akan membuat tugas dan tanggungjawab agar bantuan bakul makanan ini akan sampai kepada mereka yang terjejas.

-Untuk Bantuan sebelum ini PKP yang lepas Ketua kampung akan diberi tugas untuk mendapatkan nama-nama di setiap kampung masing-masing bagi mengagihkan bantuan bakul makanan ini.

-Atau berhubung di Pejabat Daerah masing-masing untuk mendapatkan info selanjutnya.


Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas  👉 https://t.me/infomediabah


Sumber: Pejabat Perdana Menteri Malaysia / pmo.gov.my



Catat Ulasan

0 Ulasan