Bantuan info kerajaan

Diskaun Bil Elektrik Negeri SABAH, W.P Labuan dan Semenanjung SESB&TNB

Admin
July 06, 2021
0 Comments
Home
Bantuan
info
kerajaan
Diskaun Bil Elektrik Negeri SABAH, W.P Labuan dan Semenanjung SESB&TNB

Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. 

Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan. Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021. 

Selain itu, bagi sektor-sektor ekonomi yang terjejas khususnya pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan, dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021. 

Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, Kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak 1 bilion ringgit.



Info mengenai Diskaun Bil Elektrik Negeri SABAH dan W.P Labuan melalui inisiatif PEMULIH dan PEMERKASA.

Pengguna domestik akan menikmati diskaun elektrik berdasarkan kadar penggunaan anda (Seperti yang dinyatakan di poster). Manakala bagi kategori Komersil (CM1) dan Industri (ID1) akan menikmati diskaun sebanyak 5%. Tempoh inisiatif PEMULIH adalah selama 3 bulan (Julai, Ogos, dan September)

Pengguna Domestik & Pengguna Bukan Domestik


6 sektor yang terpilih dibawah inisiatif PEMERKASA PLUS akan terus menikmati diskaun elektrik sehingga 30 September 2021 dan akan disambung dibawah inisiatif PEMULIH untuk bulan Oktober, November dan Disember.


Bilik gerakan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah disediakan bagi sebarang pertanyaan mengenai bil dan diskaun elektrik sepanjang tempoh inisiatif ini berjalan.


Sebarang pertanyaan atau aduan , Sila hubungi 15454 , 088-515 000 atau whatsapp 019-8525427, Semak Bil semasa anda dengan melayari Online Customer Service (OCS) di https://ocs.sesb.com.my


Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas  👉https://t.me/infomediabah


Begitu juga dengan TNB Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), diskaun bil elektrik akan diberikan kepada beberapa kumpulan sasar berdasarkan penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh tiga bulan mulai 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021.TNB sentiasa berusaha agar pelaksanaan Diskaun Bil Elektrik PEMULIH ini berjalan dengan lancar.

Sehubungan itu, pelanggan akan dapat melihat amaun diskaun di dalam bil elektrik mulai tarikh bil 15 Julai 2021. Bagi pelanggan yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun anda akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.

Semua pelanggan TNB juga akan terus menikmati Rebat ICPT ( IMBALANCE COST-PASTS THROUGH ) sebanyak 2 sen/kWj bagi penggunaan mulai 1 julai sehingga 31 Disember 2021.





Untuk Maklumat lanjut , sila layari potral rasmi TNB

Tnb.com.my/pemulih


Bagaimanakah Membuat Permohonan?

-Tidak perlu membuat permohonan

-Diskaun berdasarkan kadar penggunaan anda seperti di dalam poster di atas SESB dan TNB

-Amaun diskaun anda akan dimasukkan ke dalam bil

-Diskaun Selama tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021


Sumber: SESB / pmo.gov.my / TNBCareline


Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas  👉https://t.me/infomediabah


Blog authors

No comments