Adakah anda bercita-cita untuk berkhidmat dalam pasukan pertahanan udara negara? Kini peluang anda telah tiba! Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka pengambilan baharu bagi tahun 2025 untuk pelbagai jawatan ketenteraan. Sertai pasukan elit udara negara dan bina kerjaya yang stabil, berprestij dan mencabar.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah cabang udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang bertanggungjawab melindungi ruang udara negara dan memastikan keselamatan Malaysia dari ancaman luar.
Ditubuhkan pada tahun 1958, TUDM memainkan peranan penting dalam operasi pertahanan, pengawasan, bantuan kemanusiaan, dan misi menyelamat. TUDM dilengkapi dengan pesawat tempur, helikopter, dan sistem pertahanan udara yang canggih untuk melaksanakan tugasnya dengan efisien.
# PERAJURIT MUDA (PJM) UDARA SIRI 70/25 (LELAKI&WANITA) AKAN DIBUKA BERMULA 5 MEI 2025 SEHINGGA 7 JUN 2025 (PERMOHONAN AWAL BOLEH DIBUAT)
Pautan Permohonan Atas Talian:
1. Pautan Isi Permohonan: http://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
- Bantuan Tunai STR Fasa 3 2025: Tarikh Bayaran, Jumlah Mengikut Kategori & Cara Semakan Terkini!
- Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tahun 2025 - Seluruh Malaysia
- Jawatan Kosong Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tahun 2025 - Seluruh Malaysia
- Bantuan TEKUN Nasional Tahun 2025: Bantuan Dana & Lesen Berniaga Untuk Usahawan Kecil
- Permohonan Lesen Memandu Percuma: Mohon Segera Tahun 2025
- SEMAK/PERMOHONAN DIBUKA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025
🎯 Kenapa Sertai TUDM?
TUDM bukan sahaja menawarkan kerjaya yang menjamin masa depan, tetapi juga memberi latihan profesional, kemudahan lengkap, dan ganjaran lumayan. Ahli TUDM juga berperanan penting dalam mempertahankan ruang udara negara melalui pengoperasian pesawat tempur, logistik, kejuruteraan dan perkhidmatan sokongan lain.
📌 SYARAT KELAYAKAN ASAS
Berikut adalah syarat asas untuk memohon sebagai Perajurit Muda Udara:
Warganegara Malaysia
Berumur 18 hingga 25 tahun pada 1 November 2025
Belum berkahwin (bagi calon wanita)
Sihat tubuh badan, tidak mempunyai penyakit kronik atau keturunan
Tidak mengalami kecederaan serius seperti patah tulang
Tidak cacat anggota
Tidak rabun warna
Penglihatan baik tanpa bantuan kaca mata atau kanta lekap
Pendengaran normal tanpa alat bantuan
Kecergasan fizikal tinggi
🔍 SYARAT FIZIKAL
Kriteria | Lelaki | Wanita |
---|---|---|
Tinggi Minima | 1.65 meter | 1.60 meter |
Berat Minima | 49 kg | 46 kg |
BMI | 18 hingga 25 | 18 hingga 25 |
🎓 KELAYAKAN AKADEMIK & GAJI PERMULAAN
TUDM menerima pemohon dari pelbagai latar belakang pendidikan:
Gaji Mengikut sijil akademik yang ada serta pengalaman yang bersesuaian mengikut jawatan yang di berikan.
- Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,774.00
- SPM/SVM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00 / RM1,879.00]
- SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01 / RM 1,945.01]
- SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02 / RM 2011.02]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07 / RM 2,341.07]
📝 LANGKAH PERMOHONAN ONLINE
Permohonan hanya dibuka mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak TUDM. Ikuti langkah berikut:
Daftar akaun pemohon (bagi yang belum berdaftar) - http://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
Log masuk ke sistem pemohon
Kemaskini maklumat penting:
Maklumat peribadi
Keputusan SPM/SVM
Sijil/Diploma
Penglibatan sukan
Isi borang permohonan dalam tempoh dibuka
Pilih pusat pemilihan awal yang berhampiran
Cetak borang permohonan
Semak status permohonan anda
📅 Tarikh Penting:
Permohonan dibuka: Akan dimaklumkan melalui laman rasmi
Tarikh tutup: Tertakluk kepada notis rasmi
Pemohon yang berjaya akan dipanggil ke sesi pemilihan di pusat terpilih
📌 Maklumat & Pertanyaan
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
📞 Telefon: 03-40170100
📅 Hari: Isnin – Jumaat
🕘 Waktu: 9.00 pagi – 4.00 petang
🔗 Facebook: Kerjaya & Pengambilan TUDM
TUDM 2025 membuka pintu kepada golongan muda yang bercita-cita membina kerjaya dalam bidang ketenteraan profesional. Rebut peluang ini untuk berbakti kepada negara sambil menikmati kerjaya stabil dan mencabar. Jangan tunggu saat akhir – kemaskini profil anda dan mohon sekarang!
topik/keyword:
pengambilan tudm siri 70/25 tahun 2025
permohonan tentera udara diraja malaysia 2025
syarat kelayakan tudm lelaki wanita 2025
pengambilan perajurit muda udara 2025
borang permohonan online tudm 2025
kemasukan tudm lepasan spm svm 2025
kerjaya tentera udara diraja malaysia 2025
gaji dan elaun tudm perajurit muda 2025
cara mohon tudm siri 70/25 atas talian
temuduga fizikal tudm siri 70/25