TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN KONSTABEL POLIS BANTUAN BANK NEGARA MALAYSIA - (Sabah&Sarawak)


Jawatan kosong 

KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Memberi kemudahan secara atas talian untuk penduduk sabah yang ingin mencari kerja.

Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh majikan. sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.


MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

-JAWATAN KONSTABEL POLIS BANTUAN BANTUAN BANK NEGARA MALAYSIA


TEMPAT
-Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu, Sabah
-Bank Negara Malaysia Kuching, Sarawak

TARIKH&MASA TEMUDUGA
-11 Februari 2023
-8:00 pagi – 1:00 petang


SYARAT-SYARAT
👨‍✈️Lelaki&Wanita
👨‍✈️Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 28 tahun pada tarikh temu duga dilakukan
👨‍✈️Mempunyai tubuh badan dan mental yang sihat dan mampu melaksanakan tugas-tugas fizikal tanpa bantuan alat
👨‍✈️Tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah
👨‍✈️Mampu menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
👨‍✈️Apabila terpilih, calon akan terikat dengan pertukaran antara cawangan seluruh Malaysia berdasarkan keperluan Jabatan.
👨‍✈️Calon yang berjaya boleh ditukarkan ke mana-mana cawangan di seluruh Malaysia.
👨‍✈️Calon yang pernah berkhidmat sebagai Polis Bantuan perlu membawa salinan surat pengesahan berhenti kerja dari bekas majikan dan salinan Sijil Tamat Latihan Kursus Polis Bantuan. Bagi calon yang sedang berkhidmat, bawa surat kelulusan dari agensi masing-masing.
👨‍✈️Hanya calon yang lulus Ujian Kelayakan Fizikal sebelum terpilih boleh menghadiri temu duga.

Untuk Calon Lelaki:
-Ketinggian Minima (tanpa kasut) = 165 cm
-Berat Badan Minima = 51 kg
-Saiz Dada = Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
-Indeks Jisim Badan (BMI) = Antara 18.5 hingga 26
-Penglihatan = Lulus ujian mata kiri dan kanan (diuji berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa -menggunakan cermin mata atau lens kontak dan tidak rabun warna.

Kriteria bagi Calon Wanita:
-Ketinggian minimum (tanpa memakai kasut) adalah 160cm.
-Berat badan minimum adalah 48kg.
-Indeks jisim badan (BMI) harus antara 18.5 hingga 26.
-Penglihatan: lulus ujian mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan kecermatan V/6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap (contact lens), dan tidak rabun warna.


Manfaat dan Kelebihan:
-Gaji dan elaun yang bersaing
-Seragam tugas disediakan
-Peluang menghadiri kursus dan latihan
-Pinjaman perumahan dan kenderaan mudah
-Rawatan perubatan disediakan termasuk tanggungan
-Perlindungan insurans nyawa dan kemalangan
-Peluang melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya
-Peluang dapat pengalaman dan pengetahuan luas dengan peluang tempat kerja di premis Bank Negara -di seluruh Malaysia

*Nota: Faedah dan kemudahan tertakluk pada pindaan, perubahan, atau pembatalan tanpa pemberitahuan.


Etika Pemakaian dan Dokumen Wajib:

Etika Pemakaian:
-Ujian kecergasan dan fizikal: Pakaian sukan dan kasut
-Temu duga: Pakaian formal

Dokumen yang Diperlukan:
-Resume terbaru
-Sijil akademik dan transkrip (SPM/STPM/Diploma) - asli dan salinan
-Gambar terkini berukuran passport
-Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) - asli dan salinan depan belakang
-Penyata gaji tiga bulan terkini jika ada
-Kebenaran bertulis dari majikan jika anggota Polis Bantuan sedang berkhidmat

Catatan: 
-Hanya calon yang memenuhi kriteria yang akan disenarai pendek untuk proses penilaian selanjutnya.
-Semua calon harus lulus ujian HTK dan memakai pelitup muka sebelum masuk ke Bank Negara Malaysia.


Untuk pertanyaan khusus mengenai:
Permohonan kerja
recruit@bnm.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan:
Pusat Perhubungan BNMTELELINK
1-300-88-5465

Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 

👉 https://t.me/infomediabah


Sumber: Bank Negara Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan