Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibuka (April 2022)

Pengeluaran Khas. Foto KWSP

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP kini dibuka sepenuhnya. Pengeluaran ini bertujuan membantu ahli yang terkesan dikala pandemik melanda negara.


Di sini kami kongsikan maklumat dan cara membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022.


Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Pertama sekali, layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/



Klik pada butang “MOHON SEKARANG”.


Kemudian pilih permohonan dengan klik gambar permohonan seperti yang tertera di bawah ini.



Selepas itu, anda boleh meneruskan untuk membuat permohonan dengan mengisi maklumat yang diminta.


Perkara berikut perlu diingat sebelum membuat permohonan, iaitu:


i-Permohonan cuma boleh dilakukan SEKALI sahaja.

ii-Masukkan maklumat yang betul dan lengkap bagi memudahkan proses kelulusan dan pembayaran.

iii-Pilih amaun yang anda pohon mengikut keperluan. Pindaan /penukaran amaun atau pembatalan adalah TIDAK DIBENARKAN sejurus selepas permohonan dikemukakan.

iv-Bagi penjawat awam yang memohon Pengeluaran Khas ini , anda mungkin berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak pada masa hadapan.


Selepas klik butang permohonan, anda perlulah memasukkan nombor kad pengenalan dan telefon bimbit anda.



Anda boleh ikuti langkah-langkah seterusnya. Pastikan anda memasukkan amaun dan maklumat yang betul semasa membuat permohonan.


Untuk langkah-langkah secara terperinci, boleh lihat gambar di bawah ini:



Cara Pembayaran Pengeluaran Khas

-Cara pembayaran pengeluaran khas adalah secara sekali bayar sahaja (one-off). Ianya akan dipindahkan ke dalam akaun yang anda masukkan semasa mengisi maklumat pembayaran.


Siapakah layak memohon Pengeluaran Khas?

-Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan minimum RM150


Berapakah nilai perlu dikekalkan di dalam akaun 1 KWSP?

-RM100. Ini bagi memastikan anda kekal menjadi ahli KWSP.


Bilakah pembayaran pengeluaran KWSP ini dibuat?

-Bermula 20 April.


Bolehkan menukar amaun pengeluaran?

-Tidak boleh . Sebarang pindaan dilakukan selepas permohonan dibuat adalah tidak dibenarkan.


FAQ Penuh 

-https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/faq

Panduan Permohonan Penuh 

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/pdf/PK_UserGuide_Portal.pdf


Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:


i. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my

ii. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP

iii. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)

iv. Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848


Sumber: Potralsemakan / KWSP