Bajet2022 info kerajaan Kerja kerajaan

Gaji minimum Dilaksanakan "mungkin sebulan, dua lagi" - Saravanan

Admin
March 18, 2022
0 Comments
Home
Bajet2022
info
kerajaan
Kerja kerajaan
Gaji minimum Dilaksanakan "mungkin sebulan, dua lagi" - Saravanan

 

Saravanan menyatakan kerajaan akan melaksanakan gaji minimum pada kadar baharu dalam satu atau dua bulan lagi. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menyatakan kerajaan akan melaksanakan gaji minimum pada kadar baharu dalam satu atau dua bulan lagi.

Menurutnya, kementerian kini dalam peringkat akhir di mana kajian sudah dibuat dan sekiranya tiada masalah, ia akan diumumkan dalam masa terdekat.


Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya bilakah waktu spesifik kerajaan akan melaksanakan kadar gaji minimum yang baharu.



“Bila? Gaji minimum yang disebut itu, yang terdekat itu tahun 2026 atau bila?” soal Anwar.

Saravanan kemudian berkata: “Saya pun cukup prihatin dan kerjaan pun telah bincang perkara ini. Jemaah menteri tiga minggu berturut-turut, kita bincang isu gaji minimum.


“Perdana Menteri dan Jemaah Menteri setuju kita perlu menaikkan kadar gaji minimum pada kadar yang segera, mungkin dalam masa sebulan atau dua bulan walaupun di peringkat awal dalam Dewan ini saya pernah sebut," katanya.


Belum habis beliau menjawab, Anwar mencelah: “Mungkin sebulan, dua bulan. Saya nak tahu, bila?” soal Anwar.


“Kita tahu Yang Berhormat pernah duduk dalam jemaah menteri. Apabila nak umumkan gaji minimum, saya perlu mendapatkan mandat daripada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.


“Mungkin dalam masa terdekat, dalam sebulan atau dua bulan kita akan umum. Seperti mana saya sebut sebelum ini, kita di peringkat akhir, di mana kita sedang mengkaji,” ujarnya.


Sumber: astroawani / BERNAMA


Blog authors

No comments