Permohonan Dibuka Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak 2022

 

 SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT 50% ATAU SEHINGGA RM150 BAGI TAHUN 2022 (MYCRS)


Subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak melibatkan 188,000 penerima berjumlah RM30 juta diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 yang lalu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini bagi tahun 2022 ini untuk makluman bersama.



Apakah Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Carseat) Yang Diumumkan Dalam Bajet 2022?

Bajet 2022 menyaksikan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.

Ini kerana berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak.

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes adalah melibatkan kematian.


Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).


Cadangan rebat ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.



Siapakah Yang Layak Mendapat Subsidi Ini?

berikut adalah kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2022:


1. Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.

2. Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.

3. Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.

iv. Warganegara yang menetap di Malaysia.

5. Rujukan data utama daripada oenerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.

6. Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019

7. Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.



-Carseat kanak-kanak Murah-> https://shp.ee/7m5rubp

Anda boleh membuat seemakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan (rujuk gambar di bawah):



Berapakah Kadar Insentif & Subsidi Carseat Yang Diperuntukkan?

Penerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga maksimum RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Harga ini adalah harga akhir selepas di jual oleh penjual.

Rujuk Jadual Program Subsidi di bawah berserta contoh pengiraan:



Contoh 1

Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (subsidi 50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.


Contoh 2

Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400. Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut.


Bagaimana Cara Penebusan Subsidi Ini?

Cara penebusan subsidi pembelian CRS (child carseat) 2022 adalah seperti berikut:


Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.

Membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Mac 2022

Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.

Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.

Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.



Tarikh Permohonan

Permohonan subsidi ini akan bermula pada 1 Mac 2022.

Semakan kelayakan bermula 1 April 2022, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.



Panduan Permohonan Online MyCRS

i. Sila layari pautan http://www.mycrs.gov.my/

ii. Sila semak kelayakan di bahagian Semakan Kelayakan

iii. Jika layak, sila isi borang permohonan di menu Permohonan

iv. Untuk anak yang bakal lahir tahun 2022 ni, boleh email bukti kelahiran anak & bukti penerima BPR/BKM ke mycrs@miros.gov.my

v. Untuk info lanjut, sila rujuk maklumat terperinci bahagian berikut:


-Panduan Pengguna

-Soalan Lazim

-Senarai Wakil Penjual



Maklumat Kategori CRS

Untuk makluman ibu ayah / penjaga yang bakal menebus subsidi ini, produk CRS yang diiktiraf di bawah program ini perlulah memenuhi kriteria berikut:


i. Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.

ii. Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ

iii. Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.

iv. Semakan senarai carseat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman sesawang MIROS.



Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Keluarga Malaysia (MyCRS 2022) di bawah:


Apakah itu program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak Keluarga

Malaysia?

Program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan

program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40. Ia

merupakan program subsidi kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanakkanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.


Bilakah tempoh pendaftaran permohonan program subsidi ini akan dibuka?

Tempoh permohonan baharu program subsidi akan dibuka bermula pada 1 Mac 2022

sehingga 30 September 2022.


Siapakah yang layak memohon subsidi ini?

a. Penerima bantuan dari kalangan B40 kategori isi rumah

b. Berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada

12 tahun

c. Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12

tahun

d. Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN

e. Warganegara yang menetap di Malaysia


Bagaimana saya boleh memohon untuk menuntut subsidi program pembelian kerusi

keselamatan kanak-kanak Keluarga Malaysia?

a. Anda perlu membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Mac

sehingga 30 September 2022.

b. Keputusan permohonan boleh disemak bermula 1 April 2022 bagi permohonan sebelum

31 Mac 2022. Seterusnya, bagi permohonan selepas 1 April 2022, keputusan permohonan

boleh disemak selepas tiga (3) hari bekerja


Berapakah jumlah subsidi yang layak saya tuntut?

Jumlah subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah sebanyak potongan 50% atau

sehingga maksimum RM150 daripada harga jualan. Berikut adalah jadual program subsidi

bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak. Harga ini adalah harga akhir selepas di jual

oleh penjual.


Contoh 1

Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas

menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (subsidi

50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.


Contoh 2

Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400.

Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150,

maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut


Berapakah jumlah bilangan CRS yang boleh saya beli di bawah program subsidi ini?

Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.


Dimanakah saya boleh membuat tuntutan subsidi pembelian CRS?

Anda boleh membuat tuntutan subsidi di premis yang berdaftar seperti di dalam senarai yang

dilampirkan atau dilaman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).


Berapa lamakah tempoh sah subsidi CRS?

Tempoh sah tuntutan subsidi adalah selama dua (2) bulan daripada tarikh permohonan anda

berjaya. Walaubagaimanapun, digalakkan membuat pembelian awal kerana subsidi ini atas

dasar siapa cepat dia dapat. Ini kerana kuota pembelian subsidi adalah terhad kepada

188,000 penerima. Oleh demikian, pemberian subsidi adalah bergantung kepada tarikh dan

masa pembelian, BUKAN pada tarikh pendaftaran.


Adakah saya layak menuntut sekiranya tempoh sah subsidi saya tamat?

Anda masih layak dengan membuat permohonan semula sebelum 30 September 2022 dan

perlu dituntut pada atau sebelum 31 Oktober 2022.


Saya dijangka akan melahirkan anak pada tahun 2022, adakah saya boleh memohon

subsidi melalui sistem ini?

Anda boleh memohon tuntutan subsidi untuk anak yang baru dilahirkan sebelum 1 Oktober

2022 dengan mengemukakan bukti kelahiran anak yang dilahirkan dalam tahun 2022 dan

bukti yang anda juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Keluarga

Malaysia (BKM) dengan mengemukakan emel kepada mycrs@miros.gov.my


Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran dan panduan untuk memilih car seat yang sesuai untuk anak anda nanti.


Sumber: ecentral.my / mycrd.gov

Catat Ulasan

0 Ulasan