Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM3000 -TEKUN


Kerajaan mengumumkan empat insentif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang ditambah baik untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulihkan perniagaan dan kembali beroperasi semula. 


Antaranya ialah bantuan berbentuk geran RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.


1. Syarat Kelayakan Permohonan

• Geran ini disediakan untuk

Perniagaan informal – iaitu perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT)

• Perniagaan mikro – iaitu perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.

2. Berumur 18 tahun dan ke atas

3. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum

4. Premis perniagaan (termasuk perniagaan dari rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022

5. Usahawan TEKUN dan AIM sedia ada juga layak untuk memohon geran.


Dokumen Yang Diperlukan

Bagi anda yang telah menepati kriteria dan syarat kelayakan permohonan seperti di atas, anda boleh sediakan dokumen yang disenaraikan di bawah ini untuk teruskan permohonan:


1. Salinan kad pengenalan individu

2. Salinan Penyata bank individu

3. Salah satu daripada laporan berikut:

• Laporan Polis

• Bomba

• NADMA

• Agensi MEDAC

• Pemimpin Tempatan

• Penghulu

• Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)

• Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)

• Ketua Kaum (Sabah & Sarawak )

• Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan.


Cara Memohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Bagi anda yang telah menepati syarat kelayakan permohonan, anda boleh membuat permohonan geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia melalui:


1. Secara dalam talian: https://tinyurl.com/geranbbkm

2. Melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara

3. Menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.


Tarikh Permohonan

Tiada tarikh tutup ditetapkan namun Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN akan ditutup tertakluk kepada baki dana.



Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan permohonan https://tinyurl.com/geranbbkm atau anda boleh kunjungi cawangan TEKUN di setiap negeri masing-masing.


Sumber: semasa.my / infoawam


Catat Ulasan

0 Ulasan