PERMOHONAN BANTUAN BAKUL MAKANAN DIBUKA SELURUH NEGARA 2021 - Bakul Prihatin Negara

Lebih 173.4 juta peruntukan bakul makanan prihatin negara untuk semua rakyat malaysia yang terjejas akibat pendemik COVID-19. Foto JKM


Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.


KELAYAKAN PERMOHONAN

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.


BARANGAN ASAS YANG TERDAPAT DI DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan seperti berikut: 

1.Beras (5 Kg) 

2.Gula (1 Kg) 

3.Tepung (2 Kg) 

4.Bihun (400 Gm)

5.Kicap (650 Ml) 

6.Sardin (230 Gm) 

7.Biskut

8.Kopi


BAGAIMANAKAH MEMBUAT PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA 

Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut: 


1 Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri; 

2 Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999; / https://www.jkm.gov.my

3 Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU 3.4 Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat


Mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan diminta hubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Berdekatan; -


BILIK GERAKAN JKM BAGI SELURUH NEGERI/DAERAH

Sumber: JKM


Untuk Makluman 1 bakul makanan hanya satu keluraga sahaja yang dibenarkan. Namun Begitu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.


KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setelah Pemohon menghantar butiran yang diperlukan kepada JKM, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.


Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.


MOHON SEKARANG BAKUL PRIHATIN NEGARA

Borang Permohonan

Akaun Penerima


-https://www.jkm.gov.my


Untuk makluman anda dikehendaki menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM terlebih dahulu sebelum membuat permohonan bagi memastikan pencerahan butiran yang diperlukan semasa memohon.


Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat / JKM


Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas  👉https://t.me/infomediabah

Catat Ulasan

0 Ulasan