SIP PRIHATIN 2.0 adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada individu yang sedang terkesan akibat krisis wabak COVID-19 untuk kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Permulihan Ekonomi (SIP PRIHATIN 2.0)
Sebagai tambahan, kerajaan bersetuju untuk meluaskan pemberian elaun ini kepada individu yang menggangur dan merupakan bukan pencarum PERKESO seperti graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.
SIP Prihatin 2.0 mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP SIP PRIHATIN 2.0) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.
Berikut adalah Syarat Kelayakan dan Pembayaran Elaun Jadual dibawah;
SYARAT MEMOHON SIP PRIHATIN?
-Individu yang belum berdaftar dan tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Julai 2020
-Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada masa permohonan
-Mesti memenuhi semua syarat kelayakan SIP PRIHATIN di Jadual 1.
CARA MEMBUAT PERMOHON SIP PRIHATIN
-Pemohon wajib berdaftar sebagai pencari kerja dan melengkapkan profil di Portal MYFutureJobs
-Pemohon juga hendaklah berdaftar di aplikasi PRIHATIN PERKESO (PlayStore / AppleStore) bagi tujuan pembayaran elaun
-Pemohon perlu mengemaskini log aktiviti bagi setiap temuduga yang dihadiri melalui MYFutureJobs
-Pemohon juga perlu memastikan tarikh kembali bekerja dikemaskini sekiranya kembali bekerja, dengan memuat naik dokumen sokongan (surat tawaran) bagi tujuan pembayaran EPB
Tarikh akhir tuntutan program SIP Prihatin 2.0
-31 Disember 2021
Sediakan Dokumen ini bagi permohonan SIP PRIHATIN 2.0
Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan SIP
PRIHATIN 2.0 adalah –
i. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
ii. Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon Sendiri (bukan akaun Bersama)
iii. Bukti menghadiri 3 kali temuduga dalam tempoh setiap
EMP, sekiranya ia merupakan bukan anjuran PERKESO yang
disahkan oleh menerusi borang pengesahan oleh syarikat temu duga.
iv. Pengemaskinian aktiviti temuduga di Log Aktiviti Portal MYFutureJobs
Bayaran SIP PRIHATIN 2.0
-Dalam tempoh 14 - 30 hari Akan dibayar selepas tuntutan diluluskan
-Dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon secara Electronic Fund Transfer (EFT).
Cara semakan status permohonan
-Semakan boleh dibuat melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.
Ada Soalan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan
Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000
(Baca Soalan Lazim Sebelum Menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO)
Soalan-Soalan Lain Baca disini- Soalan Lazim SIP PRIHATIN
Sumber: Belanjawan2021 / Perkeso / MYFuturejobs