info

Malaysia sedia hantar bantuan ketenteraan ke Palestin

Admin
May 18, 2021
0 Comments
Home
info
Malaysia sedia hantar bantuan ketenteraan ke Palestin
Sumber Foto BERNAMA / NSTP

Kuala Lumpur: Malaysia bersedia untuk menghantar bantuan ketenteraan ke Palestin sekiranya diperlukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pasukan pengaman.


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara tidak boleh menghantar bantuan ketenteraan secara bersendirian kerana tertakluk kepada undang-undang antarabangsa.


"Kalau PBB minta negara-negara seperti Malaysia untuk menghantar tentera di bawah Panji-Panji PBB sebagai pengaman, Insya-Allah.


"Tapi ia mesti ditentukan oleh PBB, tidak boleh Malaysia buat keputusan sebaliknya mesti di bawah jemputan PBB. Itu adalah peraturannya," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi taklimat kesiagaan perkhidmatan kesihatan ATM dalam membantu negara menghadapi wabak Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, hari ini.


ISMAIL Sabri (kanan) bersama Affendi melawat ICU Medan yang akan dihantar ke Hospital Kepala Batas Pulau Pinang sempena lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. FOTO Eizairi Shamsudin.


Ismail Sabri berkata, sebelum ini ATM sentiasa menghantar menghantar pasukan pengaman di bawah panji PBB ke luar negara seperti Lubnan, Filipina, Sudan dan Congo.


Dalam perkembangan lain, mengenai persediaan negara menghadapi serangan siber dari Israel rentetan pelancaran penggodaman yang dilaksanakan oleh beberapa kumpulan dari Malaysia, Affendi berkata, pihaknya mempertingkatkan tahap keselamatan siber ATM.


"Kita memantau setiap masa sejak dua minggu lalu dan meningkatkan tahap keselamatan siber.


"Kita juga membuat kesediaan dengan melihat jika ada elemen serangan siber yang masuk ke atas keupayaan siber pertahanan," katanya.


Katanya, pemantauan dilakukan oleh Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC) serta Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP). -Hmetro


Sumber: Hmetro


Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 

👉 https://t.me/info_sabah

Blog authors

No comments