Langgar SOP, Neelofa Dan Ahli Keluarga Dikompaun RM60,000 Tanpa Diskaun

Selain pasangan, semua ahli keluarga Neelofa, sebanyak 20 orang akan dikenakan ganti rugi sebanyak RM1,500 kerana gagal melakukan penjara fizikal semasa majlis akad nikah. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiada diskaun dibenarkan bagi dua kesalahan membabitkan majlis pernikahan pasangan itu dan kebenaran untuk tujuan merentas negeri.


“Neelofa, selaku penganjur gagal mematuhi arahan ketua pengarah kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.


Pasangan itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis,” katanya dalam kenyataan.


Zainal berkata, Haris atau dikenali PU Riz melakukan satu kesalahan melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri .


Sementara itu, katanya, semua ahli keluarga Neelofa, seramai 20 orang akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,5000 seorang kerana gagal mematuhi peraturan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikah berlangsung.


Kompaun akan diberikan kepada semua individu terbabit hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.


Terdahulu, kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan pasangan itu melanggar SOP PKPB, dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara.


Zainal berkata, tindakan kompaun itu mengikut Peraturan 19 Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.


Pada 27 Mac lalu, Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, selamat diIjabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.


Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). - FMT


Sumber: FMT 


Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 

👉 https://t.me/info_sabah


Catat Ulasan

0 Ulasan