Permohonan Terbuka Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa [SABAH]

 PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Foto KPKT


Lokasi: PPR ULU PERASAN, KOTA BELUD

Kadar sewaan sebulan: RM160

Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2021

Kategori PPR: Disewa


Baca juga.. PPR BATU ARANG, LABUAN (Disewa)


PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Kadar sewa PPR Disewa serendah RM124.00 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan


Ciri-ciri  PPR adalah seperti berikut:

i. Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar

ii. Kediaman bertanah (rumah teres) di pinggir bandar

iii. Keluasan - 700 kps

iv. Binaan - 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur


Syarat-syarat kelayakan untuk memohon PPR Disewa/Dimiliki 

  Syarat-syarat seperti berikut:

i.   Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia                  

ii.  Berumur 18 tahun ke atas

iii. Pendapatan kasar isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

iv. Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah


Permohonan PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) secara dalam talian melalui laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my atau melalui SUK Perumahan Negeri

Untuk pemohon baru sila daftar dan lengkapkan maklumat-maklumat yang di minta untuk proses semakan.


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

No. Telefon     : 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)

No. Faksimile  : 603 - 8891 4045


Pertanyaan Program :

Skim Rumah Transit :

03-88914290 / 4083 / 3977

Skim PPR :

03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);

03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan

03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)


Sumber: KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


Catat Ulasan

0 Ulasan