info Geran Khas Prihatin 3.0 Bantuan one-off Rm1000

Baru-baru ini Yab Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA) yang melibatkan 20 bilion ringgit, dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit.


Inisiatif Kelima: Geran Khas Prihatin 3.0

Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS tempatan.


Untuk itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Geran Khas Prihatin atau GKP 3.0 supaya perniagaan mendapat bantuan untuk beroperasi semula. 


Setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak 1,000 ringgit. 


Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April bagi PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini.Geran ini dijangka akan memanfaatkan lebih sejuta usahawan.


Untuk maklumat penuh sila ke laman web Rasmi GKP;

Di buka mulai 1 April

https://gkp.hasil.gov.my/


KELAYAKAN


Syarat kelayakan GKP yang terkini belum diumumkan lagi, namun berikut adalah syarat kelayakan bagi GKP 2.0 yang sebelumnya untuk panduan kita:


1.Bukan penerima GKP sebelum ini; dan

2.Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

3.Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan

ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan


4.Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau

ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan


5.Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.



Sumber: Pejabat Perdana Menteri Malaysia / harianpost.my




Catat Ulasan

0 Ulasan