Di marah oleh Bos, Melepaskan Geram Dengan rakan sekerja sehingga buta


Beaufort: Seorang lelaki buta buat selama-lamanya selepas dipukul rakan dengan batang penyapu hanya kerana tidak melawan ketika dimarahi penyelia ditempat kerja.


Dalam kejadian jam 11 malam itu Jumaat lalu, mangsa pada awalnya dikatakan minum minuman keras bersama di rumah rakannya di Kampung Benonok, di Beaufort.


Bagaimanapun, insiden pergaduhan antara mereka tercetus selepas rakannya itu mempersoalkan sikap mangsa yang tidak melawan ketika dimarahi penyelia di tempat kerja kira-kira dua bulan lalu.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, siasatan awal mendapati suspek yang tidak puas hati dengan mangsa mencabar untuk bergaduh.


Katanya, suspek kemudiannya mematahkan sebatang penyapu sebelum menyerang mangsa yang ketika itu cuba melarikan diri.


“Suspek mencabar mangsa untuk bergaduh dengannya dan berkata *“Kau memang tidak berani bah kan?” “Mari la saya test kau.


“Mangsa melihat suspek memegang sebatang penyapu yang sudah dipatahkan dan terus berdiri untuk beredar dari rumah suspek,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Bagaimanapun Azmir berkata, semasa mangsa hendak keluar dari rumah berkenaan, suspek dengan tiba-tiba terus memukul mangsa di bahagian muka dan terkena pada mata kanannya.


Katanya, mangsa kemudiannya terus melarikan diri ke rumah jiran berdekatan untuk meminta pertolongan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


“Tiada saksi yang melihat kejadian semasa mangsa dipukul kerana ketika itu hanya mangsa dan suspek berada di dalam rumah berkenaan.


“Doktor yang membuat pembedahan mengesahkan mata mangsa yang cedera sudah rosak dan akan mengalami kecatatan yang kekal,” katanya.


Azmir berkata, suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Asia Times


Sumber: AsiaTimes / Beritasabah


Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 



Catat Ulasan

0 Ulasan