BANTUAN PRIHATIN RAKYAT BPR 2021 KINI DI BUKA UNTUK PERMOHONAN & KEMASKINI


 Di sini saya mengkongsikan info bantuan bpr dan  cara-cara pendaftaran bantuan prihatin BPR yang ramai tertunggu-tunggu terutamanya yang berstatus bujang hehe.. dan juga yang berkeluarga. 

 Untuk makluman semua BSH kini di gantikan kepada bantuan prihatin rakyat BPR, oleh itu penerima BSH sebelum ini harus menyemak maklumat-maklumat yang perlu di ubah jika mempunyai perubahan yang ingin dibetulkan/ditambahkan.


Pendaftaran/pengemaskinian- 

15 Januari - 25 Februari 2021

Fasa1&fasa2

MAKLUMAT PENERIMA BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Isi Rumah(berkeluarga)

-Berkhawin(ada atau tiada anak)

-ibu atau bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak.

-Bujang termasuk Orang kurang upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas


Nilai bantuan BPR 2021 untuk isi rumah (berkeluarga)

 Pendapatan bulanan   <1 anak/tanggungan  >2 anak/tanggungan

 -RM2,500 dan kebawah      Bantuan RM1,200           Bantuan RM1,800

 -RM2,501-RM4,000           Bantuan RM800               Bantuan RM1,200

 -RM4,001-RM5,000           Bantuan RM500               Bantuan RM750  


Bujang

-bujang atau

-ibu atau bapa tunggal/Balu/Janda/Duda / yang tiada anak serta;

-Had umur 21 tahun hingga 59 tahun atau orang kurang upaya(OKU) berumur 18 tahu hingga 59 tahun.


Nilai bantuan BPR 2021 untuk Bujang (21 tahun - 59 tahun)

OKU berumur (18 tahun - 59 tahun )

Pendapatan kasar bulanan               Nilai Bantuan

-RM2,500 dan ke bawah                -RM350(one-off)



SEDIAKAN DOKUMEN SOKONGAN 

Contoh dokumen sokongan yang diperlukan jika anda OKU,ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda/kematian atau anak angkat.

PEMOHON

-Salinan sijil perkhawinan yang di keluarkan oleh JAIN/JPN

-Salinan sijil kematian pasangan/penceraian yang dikeluarkan oleh JPN.

-Salinan sijil dekris nisi/dekris nisi mutlak yang di keluarkan oleh mahkamah.


PASANGAN

-Salinan kad pengenalan pasangan(Mykad/MyPR/MyKAS

-Salinan pasport/Visa/UNCHR/Pas sempadan/sijil lahir/KP lama


ANAK

-Anak kandung salinan Mykad/Mykid dan Salinan sijil Lahir yang di keluarkan oleh JPN atau;

-Anak angkat salinan Mykad/Mykid dan Salinan sijil Daftar Anak yang dikeluarkan oleh JPN


 -Jika anda memerlukan banyak ruang untuk menghantar dokumen, anda perlu mengambil gambar satu per satu dan jadikan satu file pdf gunakan aplikasi/sofware image to pdf yang berada di google play/play store.


CARA-CARA MEMOHON BPR 2021

Boleh di buat secara dalam talian dengan melayari portal rasmi bpr

Anda juga boleh mencetak borang permohonan bpr ini

-https://bpr.hasil.gov.my


Atau hadir ke cawangan LHDN yang terdekat bagi menghantar borang permohonan BPR.


Untuk pertanyaan atau bantuan boleh menghubungi LHDNM di talian

1-800-88-2747

03-8882 4565/4566

(Waktu operasi; 9.00 pagi-5.00 petang)

Atau hadir sendiri ke cawangan LHDNM/PKH LHDNM/UTC LHDNM


isikan malkumat pemohon dengan lengkap dan betul 
-pastikan dokumen yang di muat naik tidak mempunyai kata laluan
-size file tidak melebihi 3MB untuk satu file
-hanya tiga dokumen di benarkan di muat naik
-jenis-jenis file yang diterima Pdf,png,jpg/jpeg



Setelah selesai sahkan CAPTCHA contoh gambar di atas isikan ruang kosong PKC6ES dan tekan sahkan dan HANTAR.


MAKLUMAT PENTING
-Pemohon yang perlu  membuat kemaskini
*pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yan lulus boleh mengemaskini permohonan jika mempunyai perubahan/pertambahan

-Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu
*Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Catat Ulasan

0 Ulasan