KERJA KOSONG SABAH Pembantu Kemahiran Gred H19 /spm


BLOGSPOT KERJA KOSONG AREA SABAH

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN,SWASTA / FULL TIME/PART TIME.

!PERINGATAN! BACA DENGAN TELITI MAKLUMAT KERJA KOSONG DI BAWAH SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PASTIKAN BACA DAN IKUT ARAHAN YANG TELAH DI BERIKAN DI BAWAH.

MAKLUMAT KEKOSONGAN:

-Nama Jawatan : Pembantu Kemahiran Gred H19
-Bilangan Kekosongan : Dua Puluh Dua (22) Jawatan
-Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (2)
Tuaran (1)
Putatan (1)
Papar (1)
Kuala Penyu (1)
Beaufort (1)
Sipitang (1)
Kota Belud (1)
Ranau (1)
Kudat (1)
Kota Marudu (1)
Pitas (1)
Tawau (2)
Lahad Datu (1)
Semporna (1)
Tambunan (1)
Keningau (1)
Tenom (1)
Sandakan (2)
-Taraf Jawatan : Sementara
-Jaduan Gaji : Gred H19 : RM1,377.00 - RM4,052.00
-Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:

1. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan

2. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24)

5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24)

6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred
C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

7. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam industri pembetungan,air, minyak dan gas.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

-Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://jawatan.sabah.gov.my/

-Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

-Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

-Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

-Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menanggap pemohonan mereka tidak berjaya.

-TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA ATAU SEBELUM

21 APRIL 2020

Catat Ulasan

0 Ulasan