31 KEKOSONGAN Pembantu Awam Gred H11 pmr/spm



BLOGSPOT KERJA KOSONG AREA SABAH

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN,SWASTA / FULL TIME/PART TIME.

!PERINGATAN! BACA DENGAN TELITI MAKLUMAT KERJA KOSONG DI BAWAH SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PASTIKAN BACA DAN IKUT ARAHAN YANG TELAH DI BERIKAN DI BAWAH.

MAKLUMAT KEKOSONGAN:

-Nama Jawatan : Pembantu Awam Gred H11
-Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan
-Perkhidmatan : Pelaksana
-Bilangan Kekosongan : Tiga Puluh Satu(31) Jawatan
-Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat JPP Kota Kinabalu (2)
JPP Kota Kinabalu & Putatan (2)
JPP Papar (1)
JPP Tuaran (2)
JPP Penampang (1)
JPP Ranau (1)
JPP Kudat (2)
JPP Kota Marudu (2)
JPP Sandakan (1)
JPP Telupid (1)
JPP Kinabatangan (1)
JPP Tawau (2)
JPP Lahad Datu (3)
JPP Keningau (1)
JPP Tambunan (2)
JPP Tenom (3)
JPP Beaufort (2)
JPP Sipitang (1)
JPP Kuala Penyu (1)
-Taraf Jawatan : Sementara
-Jadual Gaji : Gred H11 : RM1,218.00 – RM2,939.00
-Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:

1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00); dan

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat peringkat Pentaksiran
Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan

3. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai
pengalaman bekerja dalam industri pembetungan,air, minyak dan gas.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

-Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://jawatan.sabah.gov.my/

-Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

-Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

-Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

-Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menanggap pemohonan mereka tidak berjaya.

-TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA ATAU SEBELUM

21 APRIL 2020

Catat Ulasan

0 Ulasan