ambil tunai BPN di BSN penerima yang tiada akaun bank


bagi yang telah lulus tapi belum di kreditkan ke akaun anda dan tidak mempunyai akaun bank boleh ke bank BSN untuk menerima secara tunai  di cawangan Bank simpanan Nasional (BSN) Mulai hari ini sehingga 31/12/2020

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)  Terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.

Untuk ''status di terima'' atau ''baru memohon'', pemohon hanya boleh menerima pada bulan mei atau tunggu makluman daripada kementerian kewangan dalam masa terdekat ini.

untuk keterangan lanjut , sila hubungi pusat hubungan pelanggan BSN di talian 1300-88-1900

penerima hanya perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan dinasihatkan agar mematuhi penjarakan sosial serta arahan kesihatan dan keselamatan  daripada anggota polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas..

Bagi memastikan kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat B40 yang amat memerlukan , terutamanya dengan penyambungan perintah kawalan pergerakan (PKP) Sehingga 28 April 2020.

Kerajaan berharap agar bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan golongan yang disasar ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

untuk menyemak status permohonan anda sila ke alamat yang tertera;

https://bpn.hasil.gov.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan