Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 adalah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah dengan memberikan bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan. Program ini diperkenalkan bagi meringankan beban kewangan rakyat, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Ia dijalankan secara berperingkat bermula Februari 2025 dan melibatkan lebih 100,000 penerima yang layak.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, program ini bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat, terutamanya menjelang musim perayaan utama. Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) akan bertanggungjawab dalam menyelaras dan memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar.
Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025, satu inisiatif baharu bagi meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar. Program ini menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan kepada individu yang layak, bermula Februari 2025.
Kriteria Kelayakan Bantuan RM300 Sabah 2025
Individu yang ingin memohon bantuan ini perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia dan rakyat Sabah;
- Bermastautin di Sabah;
- Tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar;
- Ketua Isi Rumah atau ahli keluarga berumur 18 tahun ke atas.
Langkah-Langkah Permohonan Baru
Permohonan bantuan ini boleh dibuat secara ONLINE seperti berikut:
1. Semak jika anda layak atau tidak
2. jika tidak layak buat permohonan baharu
-Link Semakan & Permohonan Baru mohon,
SEMAKAN - https://sukur.sabah.gov.my/
PERMOHONAN BARU - https://padans.sabah.gov.my/registration
3. Setelah pendaftaran sila aktifkan akaun anda diemel yang anda daftarkan
4. Sila log masuk untuk melengkapkan permohonan anda kerana permohonan anda akan di nilai layak ataupun tidak.
-Segera membuat permohonan kerana terhad kepada 100.000 rakyat sabah yang memerlukan sahaja.
Baca juga.. Bantuan Khas Sabah Fasa 1 RM900 Semak Status, Permohonan Baharu - Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SKR)
Jadual Pembayaran Bantuan RM300 Sabah 2025
Bantuan akan disalurkan setiap bulan selama setahun, bermula Februari 2025. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat seperti berikut:
- Fasa 1: (RM900 3Bulan) Februari - Jun 2025
- Fasa 2: (RM300 1Bulan) Julai - Disember 2025 (Pemohon Baru)
Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun penerima atau boleh dituntut melalui kaunter yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Dengan pengurusan yang cekap, program ini dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat Sabah, sekaligus menyokong usaha kerajaan negeri dalam memperkasakan sosioekonomi penduduk.
emel - sabahmajujaya@sabah.gov.my
Whatsapp - 0105828207
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025
Cara mohon Bantuan Sentuhan Kasih Sabah RM300
Permohonan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025
Semakan status Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Tarikh bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025
Syarat kelayakan Bantuan Sentuhan Kasih Sabah RM300
Borang permohonan Bantuan Sentuhan Kasih Sabah
Bantuan tunai RM300 Sabah 2025 permohonan online
Bantuan kerajaan Sabah 2025 untuk B40
Senarai penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Sumber: Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) / padans.sabah.gov.my / sukur.sabah.gov.my