info kerja kosong malaysia

Jawatan Kosong Polis Bantuan Airports Tahun 2025

Admin
January 29, 2025
0 Comments
Home
info
kerja kosong malaysia
Jawatan Kosong Polis Bantuan Airports Tahun 2025


Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah syarikat utama yang menguruskan dan mengendalikan rangkaian lapangan terbang di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1991, MAHB bertanggungjawab terhadap operasi, penyelenggaraan, dan pembangunan lapangan terbang, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang merupakan hab utama penerbangan di negara ini.

Selain menguruskan lapangan terbang domestik dan antarabangsa, MAHB juga memainkan peranan penting dalam menyokong industri pelancongan dan ekonomi negara. Syarikat ini memastikan pengalaman penumpang yang terbaik melalui penyediaan kemudahan moden, perkhidmatan cekap, dan keselamatan penerbangan yang tinggi.

Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh majikan. sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.


MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

Malaysia Airports Holdings Berhad
1. Polis Bantuan Airports

*JAWATAN : (Tetap/Kontrak)
*KEKOSONGAN: Terbuka
*JABATAN/SYARIKAT: Malaysia Airports Holdings Berhad
*LOKASI : Korporat KLIA, 64000 KLIA, Selangor
*KELAYAKAN : SPM/SVM
*GAJI : Gaji permulaan yang menarik dan peluang kenaikan pangkat
*TARIKH TUTUP PERMOHONAN Rujuk Iklan Kekosongan


KELAYAKAN :

Berikut Syarat Kelayakan,Tugas,Penempatan dan Gaji Bagi setiap jawatan yang tersedia
Syarat Kelayakan Akademik:

  • Kepujian dalam Bahasa Melayu
  • Lulus dalam Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sejarah
  • Lulus satu (1) mata pelajaran lain

Syarat Kelayakan Am:

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur antara 18 hingga 27 tahun (lahir pada tahun 1997-2007)
  3. Tiada rekod salahlaku dan jenayah
  4. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
  5. Tiada masalah penglihatan (rabun jauh/dekat), buta warna, dan masalah pendengaran
  6. Tiada masalah kesihatan (fizikal dan mental), dengan ukuran fizikal yang ditetapkan

Ukuran Fizikal:

  • Lelaki:
  • Ketinggian Minimum: 1.63m (tanpa sepatu)
  • Berat Badan Minimum: 50 kg
  • Body Mass Index (BMI): 18-30
  • Ukuran Dada: 79 cm (biasa), 84 cm (tarik nafas)
  • Wanita:
  • Ketinggian Minimum: 1.57m (tanpa sepatu)
  • Berat Badan Minimum: 48 kg
  • Body Mass Index (BMI): 18-30

Pakaian Temuduga:

  • Lelaki Berkemeja, bertali leher, berseluar gelap, dan berkasut
  • Wanita Baju kurung/kemeja
  • T-Shirt, Jeans, dan selipar tidak dibenarkan
  • Sila bawa pakaian tambahan untuk sesi pemeriksaan fizikal


PERMOHONAN

Lokasi Temuduga:

  • Tarikh Masa: 22 Feb 2025 (Sabtu) - 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
  • Alamat: Ibu Pejabat Malaysia Airports, Malaysia Airports Corporate Office, Persiaran Korporat KLIA, 64000 KLIA, Selangor

Dokumen yang Diperlukan:

  • CV/Resume
  • Kad Pengenalan (2 Salinan)
  • Sijil/Slip SPM dan Sijil-sijil persekolahan
  • 2 gambar (berukuran pasport sertakan nama di belakang)

Program Latihan Asas:

  • Calon yang berjaya dalam temuduga ini dan lulus salahlaku/jenayah dikehendaki mengikuti dan lulus Latihan Asas Pembantu Keselamatan Penerbangan Malaysia Airports Holdings Berhad (Konstabel Polis Bantuan) selama enam (6) bulan.
  • Pelatih akan diberi Elaun Latihan sebanyak RM 500.00 sebulan. Penginapan, makan, dan minum disediakan secara percuma.
  • Pelatih yang menamatkan latihan asas akan dilantik sebagai Konstabel Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Faedah dan Ganjaran:

  • Gaji permulaan yang menarik dan peluang kenaikan pangkat.
  • Rawatan perubatan, pinjaman perumahan, kenderaan, dan lain2.
  • Elaun Syif, Elaun Perumahan, Elaun Dobi, Elaun Sara Hidup (COLA), Elaun Pengangkutan Khas Tetap, dan Insuran Berkelompok.

IKLAN KEKOSONGAN AVSEC recruit 2025 PDF


Sumber: Malaysia Airports Holdings Berhad / Jawatan & Info-info

Blog authors

No comments