TEMUDUGA TERBUKA KONSTABLE POLIS GRED YT1 LELAKI & WANITA TAHUN 2024 - SELURUH MALAYSIA

PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/ WANITA) 2024


KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Dan lain-lain Memberi kemudahan secara atas talian untuk Rakyat Malaysia yang ingin mencari kerja.[ Jawatan & Info-info Bermanfaat ]


Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM). sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.


MAKLUMAT JAWATA KOSONG
Masa & Tarikh Temuduga Terbuka: 29, 30, April 2024 & 02 Mei 2024
Lokasi: Seluruh Malaysia (Rujuk Iklan Kekosongan)

Konstabel Polis YA1 (Lelaki/Wanita)
Jawatan : Tetap
Perkhidmatan : Sokongan
Gred : YT1
Gaji : RM1,220.00 - RM2,748.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 85.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN
Elaun Tetap Perumahan : RM 350 
Elaun Cola : RM100 - RM 350 
Elaun Khidmat Awam : RM 95 
Elaun Khas PDRM : RM 200 
Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690 
Elaun Kasut : RM 300 

#Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Bayaran insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah dan Serawak dan sebagainya) di berikan berdasarkan peratusan gaji yang diterima.


SYARAT AKADEMIK

👨‍✈️ i) Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

👨‍✈️ ii) (PMR) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D. Atau

     iii) (PT3)Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E


SYARAT FIZIKAL
Jawatan Konstabel Polis (YT1)

👨‍✈️ Warganegara Malaysia.

👨‍✈️ Berumur tidak kurang 18 tahun  dan tidak melebihi 28 Tahun.

👨‍✈️Tinggi 1.63 m bagi lelaki, 1.57m bagi wanita.

👨‍✈️Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (Lelaki sahaja).

👨‍✈️Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki, 48kg bagi perempuan.

👨‍✈️Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26.

👨‍✈️Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.

👨‍✈️Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.


(Pastikan anda membaca syarat-syarat penuh di laman rasmi https://www.rmp.gov.my/orang-awam/skim-perkhidmatan-pdrm/konstabel-sokongan-(lelaki-wanita)


PERMOHONAN SECARA ONLINE

Contoh Gambar diatas, Rujuk Iklan Kekosongan Rasmi


LINK BORANG/IKLAN JAWATAN



Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan Pengaktifan E-Mail dan Lupa Kata Laluan , sila berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial Ig Dan Facebook Unit Pengambilan Pdrm.



Bagi yang berminat untuk jawatan ini anda harus menyemak segala dokumen-dokumen dan syarat kelayakan.

PEMOHON HENDAKLAH MEMBAWA DOKUMEN-DOKUMEN SEPERTI BERIKUT:

👨‍✈️ Dokumen
1. Sijil kelahiran asal dan tiga (3) salinan;
2. Sijil PMR atau PT3 asal dan satu (1) salinan;
3. Sijil berhenti sekolah asal dan satu (1) salinan;
4. Kad pengenalan asal dan tiga (3) salinan;
5. Sijil penghargaan semasa peringkat sekolah menengah asal dan satu (1) salinan (sekiranya ada);
6. Dokumen ibu dan bapa:
7. Dua (2) salinan kad pengenalan ibu dan bapa;
8. Dua (2) salinan sijil kelahiran ibu dan bapa (hanya carian cabutan kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau surat yang dikeluarkan oleh JPN sahaja diterima; atau
9. Dua (2) salinan sijil kematian ibu dan bapa (jika telah meninggal dunia).

👨‍✈️ Pemohon yang telah berkahwin:
1. Dua (2) salinan kad pengenalan suami / isteri;
2. Dua (2) salinan sijil kelahiran suami / isteri;
3. Dua (2) salinan sijil nikah atau surat cerai;
4. Dua (2) salinan sijil kelahiran (anak pertama); atau
5. Dua (2) salinan sijil kematian (jika anak pertama meninggal dunia).

👨‍✈️ Pemohon kakitangan kerajaan atau badan berkanun:
1. Surat sokongan dari ketua jabatan; dan
2. Satu (1) salinan kenyaian perkhidmatan terkini yang telah disahkan, pen dakwat hitam (ball-point); dan gambar.

👨‍✈️ Wajib mencetak dokumen-dokumen berikut melalui unit pengambilan PDRM (link PDF):
- Borang ganti rugi dan satu (1) salinan;
- Borang maklumat peribadi calon dan satu (1) salinan; dan
- Borang tapisan empat (4) keping tanpa gambar.

👨‍✈️ Pakaian:
1. Seluar track bottom (gelap);
2. Baju T-shirt berkolar (putih);
3. Kasut sukan;
4. Membawa seluar pendek;
5. Baju singlet (wanita); dan
6. Calon dikehendaki berambut pendek (No.2) dan kemas (lelaki).

Kenyataan khas:
i) Calon yang telah menerima surat panggilan pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan dan larian 2.4 km bertarikh 6 Mei 2024 hingga 21 Mei 2024 bagi pengambilan jawatan konstabel polis gred YA1, tidak perlu hadir ke polis gred YT1 (lelaki/wanita) secara terbuka.

ii) Calon yang gagal temuduga bagi jawatan konstabel polis gred YA1 dan konstabel polis gred YT1 tahun 2024 digalakkan untuk hadir ke pengambilan konstabel polis gred YT1 secara terbuka pada tarikh dan pusat pemeriksaan fizikal yang telah disenaraikan.


DIKSKRIPSI TUGAS

Melaksanakan tugas kepolisan berdasarkan peranan Jabatan Pengurusan, Siasatan Jenayah, Siasatan Jenayah Komersil, Siasatan Jenayah Narkotik, Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Integriti dan Pematuhan Standard, Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Logistik dan Teknologi, serta Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. Tugas termasuk merancang pencegahan jenayah, penyiasatan, penangkapan, pengaturan trafik, pengumpulan informasi, menyediakan peralatan dan komunikasi, rondaan pencegahan jenayah, pengawalan, menangani pesalah, serta menjaga keselamatan awam di darat, laut, dan udara untuk mencipta suasana aman dan tenteram di masyarakat dan negara..-PDRM


ikuti post ini di Channel Whatsapp kamii jangan terlepas lagi...
Share kepada rakan-rakan dan Keluarga yang berminat & berkelayakan😚



Catat Ulasan

0 Ulasan