Jawatan Kosong Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu - (MySTEP)


Jabatan Kesihatan Negeri Sabah  JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH sedang mencari calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Senarai di bawah. Program ini menawarkan peluang kerjaya sementara yang menarik bagi individu yang berminat dalam bidang perkhidmatan kesihatan.


Senarai Jawatan

⇨ PERSONEL MYSTEP / JURUTEKNIK KOMPUTER FT19


Syarat Kelayakan Umum

Calon-calon yang berminat perlu memenuhi syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan. Syarat kelayakan ini akan memastikan calon mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dengan cekap.


 Syarat-syarat lantikan:

1. Warganegara Malaysia.

2. Usia tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Sihat mental dan fizikal.

4. Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:

a. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan.
b. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang yang berkaitan atau kelayakan setaraf yang diiktiraf.
c. SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat kelayakan Bahasa Melayu:

Calon perlu mempunyai kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan.


Bidang tugas dan keperluan:

Bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas yang merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam organisasi.


Gaji Dan Lain-lain

- Gaji akan ditawarkan mengikut skala gaji yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Imbuhan-imbuhan lain seperti elaun-elaun khusus, elaun kerja lebih masa, dan lain-lain akan ditawarkan mengikut peraturan dan dasar yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

    -GAJI : RM1500-RM1999

    -SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP)

    -CUTI REHAT

    -CUTI SAKIT

    -CARUMAN KWSP & PERKESO


Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, calon-calon yang berminat perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

1. Calon yang berminat perlu mendaftar di potral Rasmi Myfuturejobs

   - Sediakan Resume lengkap dengan gambar berukuran passport.

   - Salinan kad pengenalan serta salinan sijil-sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk diupload dilaman web myfuturejobs.

2. Jika calon telah mendaftar pastikan semak semula maklumat yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.

3. Hanya calon yang memenuhi syarat permohonan akan dihubungi/dipanggil untuk menghadiri temuduga.



Lokasi Kekosongan Jawatan

Jawatan kosong ini terletak di Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu yang terletak di Negeri Sabah. Hospital ini merupakan institusi perubatan utama yang menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada penduduk tempatan. Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital ini dan akan melaksanakan tugas mengikut keperluan yang ditetapkan.


Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh permohonan dibuka dari 12 April 2024. Permohonan hendaklah dihantar sebelum pada tarikh akhir permohonan.


Peluang ini adalah langkah yang baik dalam memulakan kerjaya anda dalam bidang perkhidmatan kesihatan. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai Program  (MySTEP) di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.

Catat Ulasan

0 Ulasan