Temuduga Terbuka Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lelaki Dan Wanita Tahun 2024 Seluruh Malaysia


TEMUDUGA TERBUKA PERAJURIT MUDA (PtM) TLDM SIRI 228/2024 BAGI LEPASAN SPM/SVM (LELAKI&WANITA) DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN (LELAKI)


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini membuka peluang kepada lepasan SPM/SVM (Lelaki&Wanita) dan lepasan Diploma kejuruteraan (Lelaki) untuk menyertai Program Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 228/24 Secara WALK-IN. Berikut adalah maklumat penting berkaitan jawatan kosong ini:


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

- Warganegara Malaysia: Hanya pemohon yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia sahaja yang layak memohon.

- Lelaki & Wanita: Jawatan ini terbuka hanya kepada calon lelaki dan wanita.

- Umur: Calon-calon perlu berumur antara 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada 05 DIS 2024.

- Lepasan SPM/SVM (Lelaki&Wanita): Calon-calon perlu memiliki kelayakan SPM/SVM yang diiktiraf.

- Lepasan Diploma Kejuruteraan dan sebagainya: Politeknik/Universiti Awam/Swasta (Lelaki Sahaja)


LOKASI PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 228/24:

PEMILIHAN SECARA WALK-IN AKAN BERMULA PADA 18 APR HINGGA 10 MEI 2024.





KELAYAKAN AKADEMIK LEPASAN SPM/SVM:
- Calon-calon perlu mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus dalam subjek Sejarah SPM.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.
- Bagi pemohon yang mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM), kepujian dalam subjek Melayu adalah dikehendaki.


KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN DIPLOMA:
- Calon-calon perlu mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu (SPM).
- Calon-calon perlu mengemukakan sijil diploma, Transkrip dan Sijil Perakuan Akreditasi yang sah.
- Diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dalam bidang kejuruteraan tertentu adalah diterima.

#Diploma in Engineering

#Diploma in Electrical Engineering

#Diploma in Electronics Engineering

#Diploma in Electrical and Electronics Engineering

#Diploma in Marine Engineering

#Diploma in Software Engineering

#Diploma in Microelectronic Engineering

#Diploma in information Engineering

#Diploma in Telecommunication Engineering

#Diploma in Mechanical Engineering

#Diploma in Mechatronic Engineering

#Diploma in Manufacturing Engineering

#Diploma Engineering in Aircraft Maintenance

#Advanced Diploma in Engineering


TARAF KESIHATAN:
- Calon-calon perlu memiliki kesihatan tubuh badan yang baik.
- Penglihatan dan pendengaran calon-calon perlu baik tanpa menggunakan sebarang alat bantuan.
- Penglihatan calon-calon perlu jelas tanpa menggunakan cermin maya atau kanta lekap, dan tidak mengalami rabun warna.


MINIMUM UKURAN FIZIKAL LELAKI:
- Tinggi: Minimum 1.62 meter.
- Berat: Minimum 47.5 kilogram.
- BMI (Indeks Jisim Badan): 18.0 - 25.0
- Ukuran dada pernafasan: 5 cm.

MINIMUM UKURAN FIZIKAL LELAKI:
- Tinggi: Minimum 1.60 meter.
- Berat: Minimum 46.5 kilogram.
- BMI (Indeks Jisim Badan): 18.0 - 23.0
- Ukuran dada pernafasan: 4 cm.


TARAF KOKURIKULUM:

    - Memiliki sijil-sijil seperti berikut;

    -sijil kokurikulum,kecermelangan dalam bidang sukan

    -Berkebolehan berenang akan diberikan keutamaan dan

    -Di berikan kepada atlit yang aktif mewakili Negeri atau Negara dalan sukan tertentu yang diiktiraf.



GAJI/IMBUHAN:

*Latihan Perajurit Muda (6 Bulan) - RM1,7774.00

*SPM/SVM - RM1,897.00

*SKM TAHAP 2 & 3 RM1,945.01 & RM2,011.02

*Diploma Kejuruteraan( Tugas khusus) - RM2,341.07

*Elaun Khidmat RM115 / RM200

*Kenaikan Gaji tahunan

*Elaun dan Insetif Lain-lain

    -Elaun perjalanan

    -Elaun pasukan khas

    -Elaun krew kapal selam

*Perubatan dan pergigian

    -Pakaian seragam

    -Waren perjalanan

    -Perumahan

    -Certified Technician



CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN SECARA WALK-IN:

1. Permohon perlu Ke lokasi yang di tetapkan serta berpakaian seperti berikut;
-Waktu Pendaftaran: 0800H - 0830H
-Waktu pemilihan: 0830H - 1700H
-Pakaian Temuduga: Pakaian Sukan dan berkasut hitam

2.  Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dokumen yang ASAL
-Kad Pengenalan (MY KAD) berserta 1 salinan fotostat
-Sijil kelahiran pemohon berserta 1 salinan fotostat
-Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan sijil diploma/Transkrip Diploma Berserta 1 salinan fotostat
-Salinan Kad Pengenalan (MY KAD/Passport)  ibu-bapa  1 salinan fotostat.
-sijil kelahiran ibu bapa berserta 1 salina fotostat

3. Calon yang berjaya Melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang permohonan memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel yang didaftarkan / diberikan.

4. Pemohon harus melengkapi maklumat di dalam borang dalam masa 03 hari dari tarikh penerimaan borang.

5. Pemohon yang berjaya/gagal akan di beritahu melalui emel selepas tapisan pada bulan Nov 2024

Ini merupakan peluang yang menarik untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai Perajurit Muda. Pastikan anda memenuhi semua syarat dan kelayakan yang ditetapkan sebelum membuat permohonan/ WALK-IN. Sertailah pasukan TLDM yang dinamik dan profesional.

Catat Ulasan

0 Ulasan