SEMAK STATUS PEMBAYARAN STR FASA 1 (2024) & JUMLAH BAYARAN & STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH ASAS (SARa) - Bantuan Tunai Rahmah 2024


Sila Semak Status pembayaran anda di potral rasmi STR dan akaun bank(Online) anda masing-masing sebelum pergi ke cawangan bank bagi mengelakkan kesesakan dan membuang masa anda, Perkara yang boleh di semak ialah Status Pembayaran STR Fasa 1 (2024), Jumlah Bayaran yang akan di terima dan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sila Rujuk di bawah untuk info ini.

Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/default

Portal Rasmi SARa melalui pautan https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus


1.) Kategori Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (Tiada Had Umur)

• Tanpa Anak: Bantuan RM500

• 1-2 Anak: Bantuan RM500

• 3-4 Anak: Bantuan RM500

• 5 Anak atau Lebih: Bantuan RM500


2.) Kategori Pendapatan Isi Rumah RM2500 - RM5000 (Tiada Had Umur)

• Tanpa Anak: Bantuan RM100

• 1-2 Anak: Bantuan RM150

• 3-4 Anak: Bantuan RM250

• 5 Anak atau Lebih: Bantuan RM300


3.) Bujang / Warga Emas Tanpa Pasangan

• Pendapatan Bujang Bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun): Bantuan RM150 / RM100

• Pendapatan Warga Emas Tanpa Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas): Bantuan RM150 / RM100


Pembayaran Fasa 1 (2024) ini membabitkan peruntukan lebih RM2.1 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM500 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:


BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 FASA 1

Untuk pengetahuan semua, bayaran pertama STR 2024 akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut:

1. Fasa 1: 29 Januari 2024 (Isnin)

2. Fasa 2: April 2024

3. Fasa 3: Ogos 2024

4. Fasa 4: November 2024

Bayaran ini dijangka akan disalurkan sebelum bulan Ramadhan bagi memberi manfaat kepada penerima pada awal Ramadan. Teruskan untuk mendapatkan sumbangan ini dan rancangkan kewangan dengan baik.

SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2024.pdf


Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Kelayakan & Tarikh Bantuan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan STR 2024 yang telah diumumkan dalam Belanjawan Madani 2023. Bantuan ini merupakan inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA):

Kategori Layak: SARA memberikan tambahan STR sebanyak RM150 - RM1,200 kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin & Miskin tegar. Kelayakan tambahan ini terhad kepada mereka yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih dan pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169.

Semakan Kelayakan: Anda boleh menyemak kelayakan untuk menerima bantuan ini melalui pautan MYkasih


Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran: Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 setiap bulan selama 6 - 12 bulan. Bantuan ini akan dikreditkan ke Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.

Tarikh Bantuan Disalurkan: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023, dengan jumlah RM100 setiap bulan. Dan Kemaskini Terbaru Tahun 2024 seperti berikut;


Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my MYkasih, anda dapat menemukan maklumat yang lebih terperinci mengenai bantuan ini, termasuk butiran mengenai pasaraya terpilih dan lain-lain yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Manfaat.mof.gov.my / bantuantunai.hasil.gov.my