JAWATAN KOSONG KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/ WANITA) SELURUH MALAYSIA TAHUN 2023 - PDRM


KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Dan lain-lain Memberi kemudahan secara atas talian untuk Rakyat Malaysia yang ingin mencari kerja.[ Jawatan & Info-info Bermanfaat ]


Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM). sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.


MAKLUMAT JAWATA KOSONG
Tarikh Buka Dan Tutup Permohonan: 16 Oktober 2023 hingga 03 November 2023
Lokasi: Seluruh Malaysia

Konstabel Polis YA1 (Lelaki/Wanita)
Jawatan : Tetap
Perkhidmatan : Pelaksana
Gred : YA1
Gaji : RM1,441.00 - RM4,152.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 100.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN
Elaun tetap perumahan - RM300
Elaun Cola - RM100 - RM350
Elaun Khidmat Awam - RM115
Elaun Khas PDRM - RM200
Elaun Seragam PRP / Konstable - RM690
Elaun Kasut - RM300
#Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Bayaran insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah dan Serawak dan sebagainya) di berikan berdasarkan peratusan gaji yang diterima.


SYARAT AKADEMIK

👨‍✈️ i) Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM/SVM/SKM atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia yang setaraf.

👨‍✈️ ii)  Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


SYARAT FIZIKAL
Jawatan Konstabel Polis (YA1)

👨‍✈️ Warganegara Malaysia.

👨‍✈️ Berumur tidak kurang 18 tahun  dan tidak melebihi 28 Tahun pada tarikh permohonan Secara online.
👨‍✈️Tinggi 1.63 m bagi lelaki, 1.57m bagi wanita.
👨‍✈️Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (Lelaki sahaja).
👨‍✈️Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki, 48kg bagi perempuan.
👨‍✈️Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26.
👨‍✈️Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.
👨‍✈️Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.


(Pastikan anda membaca syarat-syarat penuh di laman rasmi https://www.rmp.gov.my/orang-awam/skim-perkhidmatan-pdrm/konstabel-(lelaki-wanita)


PERMOHONAN SECARA ONLINE

Contoh Gambar diatas, Permohonan dibuka pada 16/10/2023 HINGGA 31/10/2023 Daftar segera.


-Bagi yang berminat untuk jawatan ini anda harus memohon di laman rasmi secara online.

-Pastikan anda mendaftar/melog masuk dan mengupdate permohonan masing-masing.

-Lengkapkan maklumat yang di minta pastikan lengkap, hanya maklumat yang lengkap sahaja yang akan di proses.

-Setelah mendaftar di dalam portal e-pengambilan, berikut adalah langkah-langkah untuk memohon jawatan yang dibuka:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang 'Permohonan Baru';
4. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5. Klik butang 'Serah'.

** Selepas klik butang 'Serah' maklumat pemohon tidak boleh dikemaskini.

LINK PERMOHONAN/IKLAN JAWATAN



Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan Pengaktifan E-Mail dan Lupa Kata Laluan , sila berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial Ig Dan Facebook Unit Pengambilan Pdrm.

PERHATIAN :  Tarikh tutup permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) telah dilanjutkan sehingga 3 November 2023. Foto Unit Pengambilan Polis diraja Malaysia

DIKSKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Seperti berikut; 

Jabatan Pengurusan,Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan SiasatanJenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraman Awam,Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah,menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan,menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.-PDRM


Sumber: e-pengambilan / Unit Pengambilan Polis diraja Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan