kerajaan PENDIDIKAN

PERMOHONAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA (TERBUKA) TAHUN 2024/2025

Admin
September 08, 2023
0 Comments
Home
kerajaan
PENDIDIKAN
PERMOHONAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA (TERBUKA) TAHUN 2024/2025
PERMOHONAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA (TERBUKA) TAHUN 2024/2025

Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) adalah institusi terkemuka dalam negara yang telah menghasilkan generasi pemimpin yang mantap, berdisiplin, dan penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. Kehidupan yang dijalani oleh setiap putera MTD adalah kitaran hidup yang berjadual dan penuh dengan disiplin, dan ia membentuk asas untuk mereka menjadi wira dan pemimpin dalam pelbagai bidang penting di Malaysia.

Salah satu tujuan utama MTD adalah untuk menyediakan belia-belia Malaysia dengan kemahiran dan keupayaan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pegawai. Mereka menjalani latihan ketenteraan yang ketat, memahami prinsip-prinsip kedisiplinan, kepimpinan, dan kesetiaan kepada negara. Ini membantu mereka menjadi aset berharga dalam pertahanan dan keselamatan negara.



Foto MTD

SYARAT KEMASUKAN (AKADEMIK)
⇨ Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus secara dalam talian melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
⇨ Tarikh permohonan kemasukan mengikut ketetapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. 
⇨ Lulus ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.
 Permohonan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) sesi Tahun 2024/2025 perlu dibuat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan melayari pautan berikut
Pendaftaran 

-Permohonan PKSK boleh dibuat pada 01 Ogos - 17 September 2023
-Semakan PKSK Tingkatan 4 pada 25 September - 13 Oktober 2023
-Pelaksanaan PKSK tINGKATAN 4 Bermula 02 - 13 Oktober 2023


SYARAT KHUSUS
⇨ Pemohon (lelaki sahaja) mestilah warganegara Malaysia
 Berat minimum 40.5 kg
 Tinggi minimum 152 cm. Ukuran dada - 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
 Kesihatan Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti:

A. Flat foot
B. Body Mass Index 27 (obesiti )
C. Impacted earwax
D. Asthma
E. Scoliosis (tulang belakang bengkok) 
F. Varicose vein (urat tersimpul)
G. Colour blindness (rabun warna) 
H. Myopia (rabun jauh)
I. G6PD-deficiency
J. Haemorrhoids (buasir)
K. Inguinal hernia (angin pasang)
L. Tinea (jangkitan kulat pada kulit) 
M. Uneven shoulder (bahu tidak seimbang)
N. Braces (tidak dibenarkan memakai pendakap gigi)
O. Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan
P. Kecederaan baru atau lama yang dirasakan akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan di MTD.


KEISTIMEWAAN MTD
Putera-putera MTD akan menikmati pelbaga kemudahan secara PERCUMA meliputi:

⇨ Penginapan dan sajian (6 kali sehari).

⇨ Elaun Putera sebanyak RM 100.00 sebulan. Rawatan kesihatan..

⇨ Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD. Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin.

⇨ Buku teks dan keperluan pembelajaran. Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.

⇨ Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.

⇨ Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan. Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki rejimental, membaca peta dan war cry.

⇨ Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi Putera-putera dari Sabah dan Sarawak.

Foto MTD

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE MTD

 Permohonan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) sesi Tahun 2024/2025 perlu dibuat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan melayari pautan berikut
Pendaftaran 

 Pemohon wajib mengisi barang permohonan atas talian Pentaksir Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 

 Pemohon perlu memilih MTD sabaga pilihan pertama

 KPM akan menentukan pusat peperiksaan PKSK di seluruh Malaysia

 Pohon yang tulus PKSK akan di panggil ke sesi pemilihan putera Tingkatan Empat MTD

 Pemohon yang lulus Ujian Pemilihan Putera Tingkatan Empat MTD akan ditawarkan ke sesi pengajian Tahun 202/2024.


Untuk Maklumat Lanjut
Unit Pengambilan & Promosi, Jabatan Pendidikan Tentera,
Maktab Tentera Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur. 
Tel: 03-89465562/5563/5564/5565

Blog authors

No comments