JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA |
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sedang mencari individu yang berdedikasi dan berkelayakan untuk menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Bomba Gred KB41 & Penolong Penguasa Bomba Gred KB29. Iklan kekosongan ini merangkumi peluang kerjaya di Seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai minat dalam bidang penyelamat dan kebencanaan serta memenuhi syarat kelayakan, jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai pasukan kecemerlangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Senarai Jawatan
Jawatan ini membawa tanggungjawab besar dalam menjalankan tugas keselamatan dan bencana, serta menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat Malaysia. Pegawai Bomba diiktiraf sebagai pekerja kecemerlangan kerajaan yang berdedikasi tinggi dan siap sedia untuk berkhidmat di bawah apa jua keadaan.
1. Penguasa Bomba Gred KB41
KEKOSONGAN: 38 (Lelaki 35. Perempuan 03)
SIMPANAN: 120 (Lelaki 110. Perempuan 10)
JAWATAN: Tetap
PENEMPATAN: Seluruh Malaysia
KELAYAKAN: Ijazah Sarjana Muda/Kepujian/Bekas Tentera
GAJI PERMULAAN: RM2,094.00 - RM9,604.00
2. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
KEKOSONGAN: 29 (Lelaki 26. Perempuan 03)
SIMPANAN: 100 (Lelaki 90, Perempuan 10)
JAWATAN: Tetap
PENEMPATAN: Seluruh Malaysia
KELAYAKAN: Diploma/Bekas Tentera
GAJI PERMULAAN: RM1,814.00 - RM5,700.00
Syarat Kelayakan Umum
Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan umum berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lelaki atau Wanita
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Mempunyai kelayakan yang diperlukan
Syarat Kelayakan yang diperlukan:
1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina atau Ijazah Sarjana Muda/Kepujian diiktiraf oleh Kerajaan. Atau
-Bekas Tentera
3. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM.
Syarat Kelayakan Fizikal:
Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera yang diperlukan adalah:
1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
3. Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
4. Ukuran dada sekurang-kurangnya 81cm dalam keadaan biasa dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
5. Lulus ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
6. Memiliki pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
8. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Gaji dan Imbuhan
Jadual Gaji Permulaan:
RM1,814.00 - RM9,604.00
Gaji permulaan yang baik bagi jawatan ini bergantung pada gred dan kategori kelayakan. Rujuk kepada syarat-syarat di atas untuk maklumat lanjut mengenai gaji dan imbuhan yang ditawarkan. Pekerjaan ini juga menawarkan pelbagai imbuhan menarik dan faedah lain yang tersedia untuk kakitangan kerajaan. Cuti Tahunan dan Cuti Sakit juga diberikan mengikut peraturan perkhidmatan awam yang ditetapkan.
Cara Membuat Permohonan Penuh
Untuk membuat permohonan, calon boleh mengisi borang permohonan secara online melalui laman web yang disediakan, Boleh diakses untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, dan prosedur yang perlu diikuti, Pautan;
Pegawai Bomba Gred KB41
Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan tepat dan terkini sebelum menghantar permohonan. Hanya calon yang terpilih dan tersenarai pendek sahaja yang akan menerima emel pemberitahuan untuk menghadiri peperiksaan dan sesi temuduga.
Bagi pemohon yang suda mendaftar hanya melog masuk dan mengupdate jawatan yang ingin di mohon dan menghantar permohonan di dalam potral rasmi, pastikan semak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos 2023 (Khamis). Pemohon dinasihatkan untuk menghantar permohonan secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga tarikh tutup untuk memastikan kepelbagaian peluang diberikan kepada semua calon yang berkelayakan.
Jawatan Sebagai Pegawai Bomba Gred KB41 & Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 adalah peluang yang menarik untuk individu yang berminat dalam bidang penyelamat dan bencana. Jangan lepaskan peluang ini untuk berkhidmat bagi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Sertailah perkhidmatan awam di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan sertai pasukan yang menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Sumber: interactive / SPAmalaysia
1. Jawatan Kosong Jabatan Bomba 2023
2. Kerja Kosong Bomba dan Penyelamat Malaysia
3. Iklan Kekosongan Jabatan Bomba 2023
4. Permohonan Jawatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
5. Pekerjaan Jabatan Bomba Malaysia
6. Info Jawatan Kosong Bomba 2023
7. Pengambilan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
8. Syarat Permohonan Kerja Bomba dan Penyelamat
9. Kekosongan Jawatan di Jabatan Bomba Malaysia
10. Cara Memohon Jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia