Home
Discover
Google News
info
kerajaan
Kerja kerajaan
Sarawak
Tawaran Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Hutan Negeri Sarawak - Peluang Kerjaya Menarik

Jabatan Hutan Sarawak dengan ini membuka peluang pekerjaan untuk warganegara Malaysia (anak kelahiran Sarawak) yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM), termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS), untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di dalam jabatan kami. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Senarai Jawatan
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Hutan Negeri Sarawak:
1. Pemelihara Hutan G41
2. Pegawai Penyelidik Q41
3. Pegawai Penguat Kuasa KP41
4. Penolong Pemelihara Hutan G29
5. Penolong Pegawai Penyelidik Q29
6. Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29


Syarat Kelayakan Umum
1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki Sijil STPM Hinggah IJAZAH serta sijil yang berkiatan
3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM.
4. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

1. Pemelihara Hutan G41
- Warganegara Malaysia, anak kelahiran Sarawak, umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan setaraf.
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada SPM/SPMV.

2. Pegawai Penyelidik Q41
- Warganegara Malaysia, anak kelahiran Sarawak, umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains, kejuruteraan, pertanian, perikanan, atau kelayakan setaraf.
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada SPM/SPMV.

3. Pegawai Penguat Kuasa KP41
- Warganegara Malaysia, anak kelahiran Sarawak, umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains, kejuruteraan, undang-undang, atau kelayakan setaraf.
- Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera yang ditetapkan.

4. Penolong Pemelihara Hutan G29
- Warganegara Malaysia, anak kelahiran Sarawak, umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Sijil Perhutanan Renjer Hutan atau diploma dalam bidang perhutanan atau berkaitan, atau kelayakan setaraf.
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada SPM/SPMV.

5. Penolong Pegawai Penyelidik Q29
- Warganegara Malaysia, anak kelahiran Sarawak, umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau diploma dalam bidang sains, kejuruteraan, pertanian, veterinar, atau kelayakan setaraf.
- Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada SPM/SPMV.

6. Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
- Warganegara Malaysia, anak kelahiran Sarawak, umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia, bekas anggota polis/tentera, atau diploma dalam bidang undang-undang atau berkaitan, atau kelayakan setaraf.
- Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera yang ditetapkan.
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada SPM/SPMV.

Sila hantar permohonan anda dengan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup iklan. Lebih banyak maklumat lanjut dan cara memohon boleh didapati di laman web rasmi Jabatan Hutan Negeri Sarawak.


Gaji dan Imbuhan
- Gaji permulaan: RM1,493.00 hingga RM2,390.37 (Belum termasuk elaun & lain2)
- Pekerjaan Tetap dan banyak lagi dalam khidmat Kerajaan.
- Pelbagai imbuhan menarik dan faedah lain yang ditawarkan.
- Cuti Tahunan dan Cuti Sakit seperti yang terkandung dalam peraturan perkhidmatan awam.


Lokasi
-Lokasi Kerja: Lokasi penempatan jawatan ini adalah di Seluruh negeri Sarawak. Calon yang berjaya akan ditempatkan di pelbagai bahagian Sarawak mengikut keperluan jawatan yang ditawarkan.


Cara Membuat Permohonan
- Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web Yang disediakan. Pautan "SYARAT PENUH / PERMOHONAN JAWATAN" boleh diakses untuk mendapatkan maklumat permohonan, syarat-syarat, dan tarikh tutup permohonan yang ditetapkan.

- Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat peribadi yang diperlukan dengan tepat dan terkini dan Hantar Permohonan Segera. Hanya calon yang terpilih dan tersenarai pendek sahaja yang akan menerima emel pemberitahuan untuk menghadiri peperiksaan dan seterusnya dijemput menghadiri sesi temuduga.


Tarikh Tutup Permohonan
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Julai 2023. Calon diingatkan untuk menghantar permohonan sebelum tarikh tutup iklan. Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong di Jabatan Hutan Negeri Sarawak, sila merujuk kepada iklan permohonan kerja kosong yang dikeluarkan oleh pihak JHNS.

Sertailah pasukan Jabatan Hutan Sarawak dan sumbangkan kebolehan anda dalam memelihara hutan Sarawak yang indah dan unik. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai kami dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar dan kehidupan haiwan liar untuk generasi masa depan.

NOTA PENTING
Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dan muat naik di dalam sistem e-recruitment.


Tag
#JawatanKosong
#HutanSarawak
#KerjayaHutan
#PegawaiHutan
#KekosonganJawatan
#KerjayaDiJabatanHutan
#JobVacancy
#MalaysiaKerjaya
#SarawakJobOpportunity
#GovernmentJob

Blog authors

No comments