IKLAN KEKOSONGAN PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN MALAYSIA

Jawatan Kosong Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dengan sukacitanya membuka peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam bagi jawatan Pegawai Keselamatan Gred KP41. Jawatan ini adalah untuk individu yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai pasukan keselamatan kerajaan Malaysia dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang penting dalam memastikan keselamatan dan kestabilan negara.

🌟Join Group Telegram Untuk Mendapatkan Update Percuma

Senarai Jawatan
Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pegawai Keselamatan Gred KP41 seperti berikut:

1. Pegawai Keselamatan Gred KP41

KEKOSONGAN: 02
SIMPANAN: 30
JAWATAN: Tetap
PENEMPATAN: Di mana-mana Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia yang mempunyai kekosongan

Syarat Kelayakan Umum
Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan umum berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lelaki
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Mempunyai kelayakan yang diperlukan


Syarat Kelayakan yang diperlukan:

1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Atau
-Bekas Polis atau Bekas Tentera Atau
-Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan. 
3. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM.

Syarat Fizikal
Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera bagi calon yang ingin memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Bagi lelaki, mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas.
- Calon juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan yang berdaftar sebelum berkhidmat dalam jawatan ini.

Gaji dan Imbuhan
Jadual Gaji Permulaan:
RM2,081.00 - RM9,547.00
Kenaikan Tahunan: RM225.00
Gaji permulaan yang baik bagi jawatan ini bergantung pada gred dan kategori kelayakan. Rujuk kepada syarat-syarat di atas untuk maklumat lanjut mengenai gaji dan imbuhan yang ditawarkan. Pekerjaan ini juga menawarkan pelbagai imbuhan menarik dan faedah lain yang tersedia untuk kakitangan kerajaan. Cuti Tahunan dan Cuti Sakit juga diberikan mengikut peraturan perkhidmatan awam yang ditetapkan.


Ringkasan tugas:
Tanggungjawab melibatkan:
1. Mengendalikan latihan keselamatan di Kementerian dan Jabatan Kerajaan untuk memastikan anggota dan kakitangan memahami dan mematuhi prosedur keselamatan yang betul.
2. Memberi ceramah dan sesi maklumat mengenai keselamatan kepada anggota dan kakitangan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya keselamatan.
3. Menjalankan pemeriksaan keselamatan untuk memastikan pematuhan terhadap polisi dan prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.
4. Melakukan siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi, serta mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani isu-isu tersebut.
5. Menentukan sistem perkhidmatan anggota keselamatan untuk memastikan anggota keselamatan mempunyai kelayakan dan kebolehan yang sesuai dalam melaksanakan tugas mereka.
6. Menetapkan sistem kawalan keselamatan peribadi untuk memastikan akses terhad kepada maklumat sensitif dan penting.


Cara Membuat Permohonan Penuh
Untuk membuat permohonan, calon boleh mengisi borang permohonan secara online melalui laman web yang disediakan, Boleh diakses untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, dan prosedur yang perlu diikuti, Pautan;


Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan tepat dan terkini sebelum menghantar permohonan. Hanya calon yang terpilih dan tersenarai pendek sahaja yang akan menerima emel pemberitahuan untuk menghadiri peperiksaan dan sesi temuduga.

Bagi pemohon yang suda mendaftar hanya melog masuk dan mengupdate jawatan yang di mohon dan menghantar permohonan di dalam potral rasmi, pastikan semak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Ogos 2023 (Isnin). Pemohon dinasihatkan untuk menghantar permohonan secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga tarikh tutup untuk memastikan kepelbagaian peluang diberikan kepada semua calon yang berkelayakan.

Ini adalah peluang yang menarik untuk menyertai Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan berkhidmat dalam menjaga keselamatan dan kestabilan negara. Jika anda berminat dan memenuhi kelayakan, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada usaha menjaga dan melindungi negara kita.

Sumber: interactive / Spamalaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan