INFO RASMI PEMBAYARAN STR FASA 3 (26 JUN 2023) - KEMENTERIAN KEWANGAN


Berikut adalah langkah-langkah untuk semak status pembayaran STR melalui portal bantuan tunai: Rujuk gambar di bawah untuk yang suda menerima pembayaran STR Fasa 3 pada 23 Jun 2023.

1. Buka pelayar web anda dan layari portal pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
2. Pada halaman utama, masukkan nombor kad pengenalan penerima di ruang yang disediakan. Klik butang "Log Masuk" untuk meneruskan.
3. Setelah log masuk, anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Pada halaman ini, cari dan klik butang "Semak".
4. Anda kemudian akan melihat paparan kata kunci keselamatan. Sahkan kata kunci tersebut dan pastikan anda memasukkannya dengan betul.
5. Setelah itu, masukkan kata laluan yang betul pada ruang yang sesuai. Klik butang "Log Masuk" untuk meneruskan.
6. Di dalam halaman seterusnya, cari dan klik pada bahagian "Semakan Status". Pilih bahagian ini untuk semak status pembayaran STR.
7. Akhir sekali, halaman semakan status permohonan STR Fasa 3 akan dipaparkan. Anda akan melihat maklumat mengenai status pembayaran, sama ada telah diproses atau masih dalam proses pengesahan.

Nota Penting
-Status kelulusan STR Fasa 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun 2023, Berikut gambar-gambar Pembayaran STR fasa 3 yang telah di awalkan pada 23 Jun 2023.

-Sila pastikan Semak dahulu Status pembayaran dan Kemasukkan bayaran STR ke akaun bank anda sebelum ke bank-bank berdekatan bagi mengelakkan kesesakan dan membuang masa anda.



Berikut Merupakan Jumlah bayaran STR Fasa 3 Rasmi yang baru dikemaskini pada 22 Jun 2023

Gambar LHDN

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3 (STR 3) DISALURKAN SECARA BERPERINGKAT MULAI 26 JUN 2023

Lebih 8 juta golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai 26 Jun 2023.

"Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023. Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat," kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:


Fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada bulan Januari dan April lepas. Ketiga- tiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun 2023. Pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November 2023.

Status kelulusan STR 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun 2023. Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023. Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Putrajaya 22 Jun 2023




Catat Ulasan

0 Ulasan