8.7 JUTA GOLONGAN B40 AKAN MENERIMA STR FASA 2 BERNILAI RM1.26 BILION BERMULA RABU INI

Foto Kementerian Kewangan

Seperti yang di umumkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana menteri dan menteri kewangan, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan pada 29 Mac 2023 di Dewan Negara, Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diawalkan kepada awal bulan April 2023 bagi meringankan beban sarah hidup rakyat menjelang aidilfitri.

Pembayaran STR Fasa 2 bernilai 1.26 Bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 5 april 2020 (rabu) seperti berikut;


Penerima STR di kawasan pendalaman termasuk sabah dan sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April ini.

Dengan pembayaran ini, Sejumlah RM2.93 Bilion peruntukan STR telah dibayar kepada golongan B40 pada tahun 2023.

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa ke 3 dan Fasa ke 4 akan di lakasanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun ini dengan mengambil kira permohonan baharu/kemaskini STR yang di terima semasa tempah permohonan dan pengemaskini.

Sehingga 31 Mac 2023, Sebanyak 714,918 Permohonan baharu dan 2,618.104 permohonan kemaskini telah di terima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 5 A[ril 2023. Maklumat lanjut berkiatan pembayaran ini boleh dirujuk kepada soalan Lazim (FAQ) di portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/



Catat Ulasan

0 Ulasan