PERMOHONAN BARU / KEMAS KINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH - STR 2023

Foto TV3 


Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai 1 Mac 2023 Sehingga 31 Mac 2023.

Join Telegram Rasmi Untuk info percuma - https://t.me/infomediabah


Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskini/


YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8.0 Billion.


Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasa di bawah kerajaan Perpaduan.


Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pengkalan data kerajaan di samping data daripada beberapa agensi kerajaan2 untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.


Kementerian kewangan juga akan memperhebatkan Program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia


Permohonan(Pendaftaran baru) atau kemaskini(Log masuk) boleh merujuk di rasmi STR melalui Pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut.


Join Telegram Rasmi Untuk info percuma - https://t.me/infomediabah



Sumber: Bantuantunai / STR / TV3


Catat Ulasan

0 Ulasan