Permohonan Di Buka Bantuan AM Persekutuan Bernilai RM350 Sebulan - JKM


Permohonan bantuan AM Persekutuan bernilai RM350 sebulan untuk keluarga Malaysia telah disediakan oleh kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Untuk makluman Inisiatif khas ini diperkenalkan pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan AM ini termasuk dalam jenis skim bantuan kebajikan.


SKIM BANTUAN AM 2023

Untuk makluman, pihak JKM telah menyediakan pelbagai jenis insentif berbentuk bantuan tunai yang diberikan kepada pemohon yang berkelayakan secara bulanan. Salah satu bantuan yang boleh dimohon adalah skim bantuan AM persekutuan (BA).


Kadar bantuan AM Persekutuan adalah bernilai RM350 sebulan dan akan memberi manfaat kepada setiap pemohon yang layak secara setiap bulan pada kadar yang sama. Selain insentif khas ini terdapat bantuan lain seperti bantuan warga emas (BWE), bantuan kanak-kanak (BKK) dan lain-lain lagi dalam skim bantuan kebajikan.


Skim bantuan kebajikan ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum. Tujuan utama bantuan khas ini masih diteruskan pada tahun ini untuk kumpulan sasar adalah bagi membantu mengurangkan beban dan meneruskan kelangsungan hidup yang selesa.


KADAR BANTUAN AM

Kepada pemohon yang layak mendapatkan bantuan AM persekutuan akan menerima bayaran seperti berikut :

-Minimum RM100 sebulan

-Maksimum RM350 sebulan

-Kadar bantuan bergantung kelayakan permohonan.


KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan AM sehingga RM350 sebulan seperti dibawah :

-Pemohon merupakan warganegara Malaysia

-Keluarga yang memerlukan terdiri daripada keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-man jenis bantuan lain

-Keluarga berkeperluan layak dipertimbangkan.


CARA MOHON BANTUAN AM

Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan boleh dilakukan. Panduan permohonan telah disediakan seperti berikut :

-Langkah pertama, sila layari portal rasmi JKM – DI SINI

-Laman utama telah dikemaskini

-Untuk memohon, pemohon telah disediakan maklumat lengkap di laman tersebut

-Sila semak dengan teliti sebelum membuat permohonan bagi memudahkan urusan.

-Borang permohonan boleh dimuat turun – KLIK DI SINI


DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN :

-Salinan kad pengenalan pemohon

-Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal sebumbung

-Salinan penyata pendapatan jika ada

-Salinan kad OKU atau slip pendaftaran sementara untuk kategori OKU.

Jika anda mumpunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan am persekutuan, sila hubungi talian khas JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.

Join Telegram Rasmi Untuk info percuma - https://t.me/infomediabah


Sumber: Carianterbaru

Catat Ulasan

0 Ulasan