Foto Hajiji haji Noor (KMS)
KOTA KINABALU: Sabah mengikut jejak Kerajaan Pusat mengumumkan 18 dan 19 November ini sebagai hari kelepasan am khas untuk negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor melalui satu kenyataan hari ini berkata, penetapan cuti khas itu bagi memudahkan rakyat Sabah menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi.
Lebih 21 juta rakyat negara ini layak mengundi pada PRU15 Sabtu ini, termasuk mereka yang dikategorikan sebagai pengundi awal yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing esok.
Sumber: Bharian / Hajiji haji Noor (KMS)