Bajet2022 Bantuan info kerajaan

Permohonan Dibuka Perantisiswa Mulai 01 Ogos ini Mohon Sekarang

Admin
August 02, 2022
0 Comments
Home
Bajet2022
Bantuan
info
kerajaan
Permohonan Dibuka Perantisiswa Mulai 01 Ogos ini Mohon Sekarang
Foto Kenemterian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia


Permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2 dibuka bermula 1 Ogos, bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tinggi tidak lama lagi.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata melalui permohonan yang akan dibuka selama 60 hari itu, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.


"Bagi fasa kedua, mereka yang datang daripada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan, layak untuk membuat permohonan secara atas talian."


Inisiatif Kerajaan ini adalah bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.


Apakah itu inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.


Foto Kenemterian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia


Tempoh Permohonan Fasa 2 PerantiSiswa

Permohonan PerantiSiswa fasa kedua boleh dibuat secara online mulai 1 Ogos 2022 pautan

https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Permohonan dibuka selama 60 hari iaitu sehingga 30 September 2022.


Cara Memohon Tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia

1. Layari laman web

https://perantisiswa.kkmm.gov.my dan klik Daftar Pengguna.

2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar.

3. Skrin Daftar Pengguna Baharu akan dipaparkan setelah proses Daftar di hantar.

4. Notifikasi akan dihantar kepada emel pemohon untuk tujuan pengesahan Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.

5. Log Masuk menggunakan Alamat Emel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.

6. Skrin Borang Permohonan Perantisiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan Borang Permohonan Perantisiswa yang wajib di isi.

7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat

8. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.

9. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop-up bagi mengingatkan pemohon agar memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila klik kotak Ya untuk meneruskan permohonan atau klik kotak Tidak untuk membuat pindaan permohonan.

10. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan.

11. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop up untuk keluar dari Sistem

https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Sila klik kotak OK untuk keluar dari system atau klik kotak BATAL untuk kekal di skrin.

12. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my sekiranya ingin membuat semakan semula dan klik Log Masuk.

13. Log Masuk menggunakan Alamat Emel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.

14. Skrin semakan akan dikeluarkan sekiranya nama pemohon telah didaftarkan. Maklumat pemohon yang dipaparkan adalah berdasarkan kepada maklumat pendaftaran di laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my


Syarat Permohonan 

Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum


kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:


1. Warganegara Malaysia;

2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;

3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pendidikan Malaysia;

4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;

5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan

6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.



Kaedah Pemberian

• Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.

• Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

• Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:

1. menamatkan pengajian;

2. berhenti pengajian;

3. dibuang pengajian;

4. menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang undang negara; atau

5. melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.

Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.

• Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.

• Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.

• Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.

• Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.

• Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang

•Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.

• Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.

• Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang undang negara.

• Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.

• Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.


Jenis Peranti Yang Akan Dberi

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

1. Skrin 10.1" Paparan FHD, 1280×800

2. Android OS 10 dan ke atas

3. 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)

4. Minimum RAM 4GB

5. Minimum storan 64GB

6. Slot SD Micro sehingga 256GB

7. Kamera hadapan minimum 2MP

8 Kamera belakang minimum 5MP

9. Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset

10. Bluetooth 4.1 dan ke atas

11. WiFi 2.4GHz & 5Ghz

12. Bateri minimum 4500 mAh

13. Pengecas USB disertakan

14. Papan kekunci bluetooth disertakan

15. Pen stylus disertakan.


Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau melalui talian berikut:

-03-8911 5351

-03-8911 5258

-03-8911 5265

-03-8911 5188


Waktu operasi:

8.00 pagi hingga 6.00 petang Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Sabtu dan Ahad


Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa fasa 2?

Dalam kenyataan terkini Tan Sri Annuar Musa, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.



Sumber: Portal Perantisiswa Keluarga Malaysia / Bantuanrakyat / Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Blog authors

No comments