Kemas Kini Maklumat Asas Dibuka Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

 

Pengemaskinian Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.


PENGEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Tempoh pengemaskini ;

- 20 JUN 2022 hingga 30 JUN 2022

Pengemaskinian BKM Secara Online - https://bkm.hasil.gov.my/

Atau

Pengemaskinian BKM di kaunter LHDN - JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BKM 2022


Tempoh pembukaan semula skrin Kemas Kini Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus dan tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:



Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:

i. Nombor Telefon Rumah

ii. Nombor Telefon Bimbit

iii. Alamat e-Mel

iv. Nama dan Nombor Akaun Bank

v. Maklumat Wakil


Cara kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022

Kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:

i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bkm.hasil.gov.my ; atau

ii. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

iii. Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BKM 2022 atau boleh didapati di Cawangan / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.


SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

1. Saya telah membuat kemas kini maklumat wakil terkini. Bilakah wakil tersebut boleh hadir ke BSN bagi tuntutan pembayaran BKM 2022?

-Maklumat wakil baharu akan dikemas kini dan diserahkan kepada pihak BSN pada setiap hujung bulan. Wakil tersebut boleh hadir ke BSN bagi tujuan penunaian bayaran BKM 2022 atau tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022 berdasarkan jadual di bawah:


2. Permohonan BKM 2022 ayah saya berstatus Tidak Layak dan saya telah mengemaskini maklumat wakil dalam tempoh sehingga 27 Mei 2022. Bilakah wakil terkini boleh hadir ke BSN bagi tuntutan pembayaran BKM 2022 pemohon?

-Wakil terkini boleh hadir ke BSN bagi penunaian bayaran Fasa 1 BKM 2022 atau tuntutan SKK BKM 2022 pemohon mulai 08 Julai 2022.


3. Permohonan BKM 2022 saya berstatus Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 dengan menukar status kepada Kahwin. Bagaimanakah cara untuk saya mengemaskini maklumat akaun bank atau maklumat wakil dalam permohonan BKM 2022 saya?

-Bagi permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus dan telah mengemukakan permohonan rayuan tambahan, maklumat permohonan BKM 2022 pemohon tidak dapat dikemas kini. Pembukaan semula skrin kemas kini kepada pemohon akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


4. Kaedah pembayaran Permohonan BKM 2022 saya adalah kredit ke akaun bank pasangan. Sekiranya status akaun bank tersebut adalah tidak aktif sebelum pembayaran fasa seterusnya bermula, adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat nama dan nombor akaun bank pasangan saya?

-Tidak. Kemas kini maklumat nama dan akaun bank hanya dibenarkan bagi maklumat akaun bank pemohon sahaja sekiranya status bayaran BKM 2022 adalah:

- Gagal Kredit; atau

- Tunai

Maklumat akaun bank yang dikemas kini akan digunakan untuk pembayaran fasa seterusnya.


5.Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan tidak mendaftarkan wakil, siapakah wakil yang layak didaftarkan sebagai wakil?

-Wakil yang layak didaftarkan terhad kepada Pasangan / Anak yang wujud pada Bahagian B / C Borang Permohonan BKM 2022 sahaja


Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

💠 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan)

💠 e-mel kepada bkm@treasury.gov.my

💠 Rujuk FAQ BKM :

-  FAQ BKM 2022


Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


Sumber: BKM

Catat Ulasan

0 Ulasan