KemasKini/Permohonan Rayuan Dibuka Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40. 

Kerajaan telah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima BKM dan setakat ini, hampir RM2.0 billion bantuan Fasa 1 BKM telah disalurkan kepada hampir 9.0 juta penerima B40 seluruh negara pada bulan Mac yang lalu. 

Bayaran Fasa 2 sebanyak RM1.1 bilion pula akan dibuat pada bulan Jun 2022.


Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:

i. Secara dalam talian - mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

ii. Secara borang kertas - mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

Permohonan Rayuan BKM di kaunter LHDN - JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BKM 2022

-Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Rayuan BKM 2022


RAYUAN BKM 2022

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:

i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau

ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan

bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan

pendapatan sahaja.


Kaedah Permohonan Rayuan BKM 2022

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:

i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM,

https://bkm.hasil.gov.my ; atau

ii. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat

Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar

(UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan

sebelum tempoh rayuan).


Perhatian

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara

dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan

dibuka.


Penerima Geran Khas Prihatin

Berstatus Tidak Lulus atas alasan memiliki 3 atau lebih

perniagaan milikan tunggal / perkongsian

-Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang

telah ditetapkan. Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan

penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan BKM

2022.


KOD TIDAK LULUS BKM 2022

Kod Alasan Tidak Lulus BKM 2022 dan Dokumen Sokongan

yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan BKM 2022;




Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia / BKM

Catat Ulasan

0 Ulasan